Dec 28, 2009

Mind Control


Sepintas lalu…
Konspirasi Sepanjang Zaman!!!
Credit Kepada:


http://konspirasi-teoris.blogspot.com/

(kita akan memasuki unsur mistik serba sedikit dalam bab ini)

Selepas ‘pengetahuan rahsia’ yang tertanam sejak zaman Nabi Sulaiman berjaya digali keluar oleh Knights Templar, maka agenda mewujudkan perang akhir zaman pun bermula dalam satu garis benang yang sangat halus. (rujuk tajuk Freeman Bloodline).

Pengetahuan rahsia itu digunakan bagi membuka dimensi antara dunia manusia dengan dunia syaitan, dan perancangan demi perancangan dibuat dengan bantuan syaitan untuk merealisasikan impian Yahudi menubuhkan negara sendiri.

Ia juga untuk menyambung usaha Dajjal (di pihak syaitan) dalam mempersiapkan kemunculan terakhirnya, menjalin lingkaran setiap pusat tenaga di seluruh dunia berbekalkan monumen-monumen sejarah pelik yang dibina Dajjal dan pada masa yang sama membina bangunan-bangunan pencakar langit yang moden dengan teknik senibina berunsur mistik bagi menjadikan jalinan tenaga mencapai tahap maksimum untuk membuka gerbang syaitan seluas-luasnya di akhir zaman nanti. Semua binaan itu termasuk binaan sejak zaman purba, akan menjana satu tenaga yang mampu membuka pintu kedatangan Dajjal. Ia adalah bayaran kepada Dajjal selepas para syaitan memberi kedudukan tinggi di dunia kepada Yahudi dan sekutunya. Insya-Allah, kita akan mendalami perkara ini dalam tajuk Tenaga Ritual.
Hubungan dengan syaitan secara terus (face to face) yang terputus selepas zaman Nabi Sulaiman disambung semula sebaik sahaja pengetahuan rahsia digali keluar. Ia adalah episod kedua kepada kisah hubungan jin dan syaitan dengan manusia. Hubungan secara terus ini membolehkan para penyembah syaitan merealisasikan impian mereka terhadap kekayaan dan kekuasaan dunia (impian manusia) dan mempercepatkan kedatangan Dajjal (impian syaitan) secara serentak. Rancangan halus yang penuh tipu daya.

Untuk mendapatkan kuasa politik dunia, Perang Dunia Pertama dirancang dengan teliti. Negara-negara pagan (Eropah) dilibatkan, kerajaan empayar Islam terbesar Turki Uthmaniah yang menguasai Jerusalem ketika itu juga dilibatkan sama. Tujuannya mudah, iaitu untuk mengheret Turki Uthmaniah ke kancah pentas perang besar dan pada masa yang sama meruntuhkan sistem politik Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniah dengan bantuan tali barut dalaman di Turki. Di akhir perang Dunia Pertama, empayar Turki Uthmaniah berpecah, menjadikan Jerusalem dan Palestin terkeluar daripada kekuasaan Turki Uthmaniah. Motif pertama disempurnakan Yahudi dengan mudah. Ia tidak dapat dijayakan dengan mudah jika tiada bantuan kepakaran tipu daya yang dibekalkan syaitan kepada pengikutnya, Yahudi.

Yahudi tidak gelojoh di peringkat awal, mereka tidak segera merampas Palestin. Sebaliknya mengambil masa yang agak panjang untuk mereka masuk ke fasa dua dalam menjayakan perancangan jahat.

Pada abad ke-20, agenda jahat diteruskan semula selepas perancangan rapi disusun untuk meledakkan dunia dengan Perang Dunia Kedua. Agendanya sama, merampas Palestin dan menguasai Jerusalem, dan juga menjadikan politik dunia sebagai satu realiti kotor untuk mereka berkuasa. Perang Dunia Kedua kemudian berakhir dengan meninggalkan kesan seperti PBB ditubuhkan untuk menjamin keamanan dunia, ia juga menjadi detik pemberian kuasa Veto kepada Amerika oleh PBB, kuasa Veto yang membawa kepada titik mengejutkan dunia apabila pada 1967-1969 di mana negara haram Israel dibuka melalui dasar ketenteraan yang patut kita ludah, ia adalah hasil restu Amerika yang berkuasa Veto. Palestin yang sudah tidak berada dalam pentadbiran Turki Uthmaniah (empayar ini hancur selepas Perang Dunia Pertama), dirampas dengan mudah untuk menempatkan Yahudi yang kononya menjadi mangsa penindasan dan perlu dibela walaupun langkah itu dikecam dunia Islam, kecaman yang dibuat negara-negara Islam tidak diendahkan kerana Islam tidak Veto kepada dunia.

Dari segi realiti sejarah, itulah yang sebenarnya berlaku. Dan dari segi penulisan sejarah pula, kita diberitahu dengan kaedah lain, atau maksud lebih terang ialah kita ditipu. Ia sama dengan istilah sulit yang digunapakai CIA, ‘complete the job, destroy the evidence and make new story (convince the press / buat cerita baru supaya pihak media percaya)’.

Minda kita dikawal supaya kita berfikir seperti yang mereka mahu. Yahudi dan sekutunya mengubah sejarah, kerana sejarah adalah permulaan kepada kebenaran. Selepas sejarah (permulaan) diubah, maka akan lebih mudah untuk mereka meneruskan ‘cerita bohong’ dan mewujudkan lebih banyak ilusi untuk kita ikut dan percaya.
---
Kita masuk dahulu ke topik mind control, penulis hanya sekadar berusaha supaya kita semua sedar dan segera membebaskan akal daripada sistem perhambaan minda yang dirancang Illuminati dan Dajjal. Bebaskan minda kita dan minda anak-anak kita terlebih dahulu. Bebaskan minda sebagai langkah pertama kerana akan lebih mudah memahami perkara-perkara lain dan mampu melihat semua kepalsuan dengan lebih jelas apabila minda kita sudah dibebaskan ke landasan yang difitrahkan.



Apabila minda-tubuh-jiwa dikuasai, manusia akan bergerak seperti
boneka mengikut kemahuan puppet master

---
Mind Control

Chakra (dalam amalan yoga) menurut kefahaman penulis ialah koordinasi sistem tenaga tubuh yang mengawal fungsi minda, jiwa dan tubuh manusia. Ia melibatkan 7 pusat Chakra iaitu Muladhara (tulang belakang), Svadisthana (kemaluan/seks), Manipura (perut/nafsu makan), Anahatha (hati/jiwa), Visuddha (lisan), Ajna (penglihatan) dan Sahasrara (minda). Semua 7 Chakra ini memainkan peranan dalam mencorak pemikiran, tingkah laku dan daya intelek seseorang manusia.



Chakra dan sistem tubuh yang berkoordinasi dengan minda

Dalam usaha Yahudi dan sekutunya untuk menjadikan manusia sebagai hamba mereka, maka mereka berusaha menguasai Svadisthana, Manipura, Anahatha, Ajna dan Shasrara yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia melalui strategi-strategi sulit yng digerakan dalam operasi halus. Mereka tahu kelemahan kita, dan sentiasa mengambil peluang untuk menguasai kita sepenuhya !! Supaya kita terus leka dan tidak mengambil tahu terhadap semua perancangan mereka untuk memusnahkan kita.
---
Strategi menguasai Svadisthana (kemaluan/nafsu seks), Ajna (penglihatan) dan Anahatha (hati/jiwa)

Untuk menguasai Svadisthana (nafsu seks) dan Ajna (penglihatan) manusia, mereka menyajikan hiburan Hollywood yang memaparkan aksi ghairah dan lucah melalui filem-filem blockbuster dan porno/lucah yang mudah menggoda nafsu golongan belia. Kesan daripada penguasaan Svadistana dan Ajna, para wanita mula berpakaian seksi bagi menarik perhatian jantina berlawanan atau sekurang-kurangnya berani mencuba untuk memikat jantina berlawanan hasil daripada ‘ilham’ tontonan karya jahat Hollywood. Para lelaki pula tanpa henti berfikir cara bagaimana untuk memikat dan menjadikan wanita sebagai pemuas nafsu dan berganti-ganti pasangan. Ia adalah kesan yang merosakkan keturunan manusia. Hollywood mula memaparkan seks bebas sebagai cara hidup sambil pada masa sama menyampaikan propaganda hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Ia membawa kepada letusan atau ledakan pemikiran baru di kalangan golongan muda-mudi di serata dunia, seks menjadi antara perkara yang dikejar oleh golongan belia untuk keseronokan melayan nafsu atas nama hak asasi manusia dan hak kebebasan. Ia sudah melanda Amerika, Eropah, Asia dan tidak terkecuali bumi Melayu.





Inilah hak-hak asasi manusia berteraskan seks yang
diperjuangkan muda-mudi sekarang, Malaysia pula bagaimana?

Tidak perlu penulis kepilkan keratan akhbar untuk menggambarkan betapa serius masalah seks bebas di serata dunia, kita semua sedia maklum dengan masalah seks bebas di negara kita sendiri, lihatlah betapa ramai anak muda kita yang menjadi hamba Yahudi hanya kerana menurut nafsu syahwat di jalan yang salah (tanpa perkahwinan yang sah), ia terus menjadikan anak-anak muda lupa kepada agama, juga lupa kepada amaran Nabi Muhammad mengenai kedatangan Dajjal. Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar ketika kita semua sudah lupa akan janji Allah terhadap kemunculan semulanya di akhir zaman. Dia akan keluar ketika semua manusia leka mengejar tuntutan nafsu seks, seperti ketika kaum Lut didatangi musibah akibat terlalu dahaga akan seks yang dilarang (zina, homoseksual, lesbian). Dan…seks terlarang (zina & homoseksual) juga adalah perangsang kepada tenaga ritual yang mempercepatkan kedatangan Dajjal.

Motif Dajjal dan Illuminati menguasai kehendak seks manusia ialah untuk menjadikan manusia leka mengejar keseronokan seks sehingga menjadikan manusia lupa kepada tujuan asal mereka diciptakan!! Ia juga motif untuk menjadikan golongan muda-mudi hanya menumpukan seks sehingga tidak mempedulikan perjalanan politik dunia yang sedang bergolak!!, ia juga untuk menjadikan manusia leka sehingga tidak menyedari agenda sulit yang direncanakan oleh golongan Illuminati !! Ia adalah supaya manusia berhenti berfikir secara waras apabila nafsu seks mula menguasai minda. Dijajah dan dikuasai serta diperhamba melalui perantaraan nafsu seks.



cukuplah... jangan jadi hamba pornografi

Umat Islam bukan satu-satunya golongan yang terjerat dalam agenda ini, malah seluruh umat manusia termasuk Kristian, Hindu, Buddha dan penganut lain-lain agama juga turut dijerat dan diheret ke dalam agenda jahat ini. Ia adalah strategi para penyembah syaitan untuk memesongkan minda manusia ke arah tujuan lain iaitu seks, seterusnya menjadikan manusia tidak mengambil tahu terhadap setiap apa yang berlaku di dunia hari ini. Jika kita mengambil tahu terhadap perkembangan politik dunia dan memahami puncanya serta menyedari tujuan asal kita diciptakan, kita tidak akan sekali-kali terjebak ke kancah jerat Yahudi.
---
Strategi menguasai Manipura (perut/nafsu makan) dan Anahatha (hati/jiwa)

“Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air(dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumput, untuk kesenangan kamu dan untuk binatang ternakmu.” (Quran, 'Abasa: 24-32). (Sumber Terjemahan: Lembaga al-Kitab Indonesia)

Salah satu mesej daripada petikan al-Quran di atas ialah perintah Allah kepada manusia supaya memerhatikan makanan (rezeki) yang dikurniakan. Memerhati bukan hanya bermaksud melihat sambil berfikir, tetapi menyelidik untuk mengetahui dengan lebih arif mengenai perkara yang diperhatikan itu, dalam konteks ini ialah makanan. Ketahuilah apa yang kita makan, kepada siapa kita bayar untuk membeli makanan dan apa yang kita dapat, hanya sekadar mendapat kenyang atau mudarat daripada kenyang?

Kita teliti dahulu penjelasan perihal makanan mengikut sumber-sumber Islam yang dipetik dari http://media.isnet.org/islam/Quraish/Wawasan/Makanan1.html hasil tulisan Dr Quraish Shihab. Menurut pendapat seorang ulama besar bernama al-Harali (meninggal dunia pada tahun 1232M), setiap butir makanan dan setiap titis minuman mampu mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental seseorang. Al-Harali juga membuat kesimpulan bahawa sumber makanan yang tidak halal atau syubahah (ada unsur was-was) akan menyebabkan seseorang itu mengalami kerosakan jiwa (Anahatha) dan buruk budi pekerti.

Menurut garapan maklumat yang dipetik Dr Quraish juga, dia turut menyampaikan maksud keselarian antara pendapat seorang ulama Syaikh Taqi Falsafi dengan kajian pemakanan kontemporari yang dibuat oleh pakar pemakanan dari Barat. Syaikh Taqi dalam bukunya Child Between Heredity and Education dengan mengutip pendapat Alexis Carrel (daripada buku Man of the Unknown) menyatakan bahawa: (setelah dialih dari bahasa Indonesia kepada bahasa Melayu):

“Pengaruh daripada kombinasi kimia makanan terhadap aktiviti jiwa dan fikiran manusia belum diketahui secara sempurna, kerana belum lagi diadakan eksperimen secara saintifik. Namun tidak dapat diragui bahawa perasaan manusia boleh dipengaruhi oleh kualiti dan kuantiti makanan yang diambil.” Terjemahan dari buku Child Between Heredity and Education, Syaikh Taqi Falsafi, Indonesia.

“Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa saja yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Quran, al-Baqarah: 168) (Sumber Terjemahan: Lembaga al-Kitab Indonesia)
--
Tidak perlu dijelaskan secara panjang lebar, cukuplah jika penulis hanya memetik ayat daripada al-Quran dan disusuli dengan penjelasan oleh ulama Syaikh Taqi serta al-Harali untuk menjelaskan mengenai pengaruh makanan kepada jiwa manusia.

Lihatlah dan perhatikan makanan-makanan dari Barat yang disajikan kepada kita, McDonalds, KFC, Pizza Hut, Baskin Robin dan sebagainya. KFC pula sudah terkenal dengan gabungan 11 rempah ‘rahsia’ untuk menaikkan rasa hidangan ayam gorengnya, begitu juga dengan makanan-makanan dari Barat yang lain, turut mempunyai rahsia resepinya.




Makanan-makanan itu juga boleh menyebabkan manusia mengalami masalah berat badan, obesiti dan seterusnya memudaratkan kesihatan sehingga menyebabkan pelbagai penyakit yang membawa kematian. Ia adalah strategi mudah untuk ‘melenyapkan populasi’ dengan perancangan kematian kepada manusia, kesan daripada penyakit yang disebabkan makanan-makanan seumpama itu. Yahudi mahu membunuh kita secara perlahan melalui makanan-makanan segera.

Ia juga adalah strategi untuk merosakkan pemikiran manusia melalui pemakanan yang kurang mempunyai khasiat berguna kepada tubuh, yang membawa kepada kelemahan akal dan minda. Apabila akal dan minda menjadi lemah, maka ia lebih mudah untuk dikuasai. Ia juga untuk mencipta pola pemakanan masyarakat dunia supaya manusia lebih gemar memilih makanan kurang berkhasiat, melebihi makanan yang mempunyai banyak zat berguna.



Kesan kesihatan daripada menu makanan segera Barat yang tidak sihat

Di sudut ekonomi, kita secara terus menyumbang dana kepada Yahudi melalui perbelanjaan kita ke arah firma-firma makanan francais dari Barat. Secara tepatnya, kita berbelanja untuk membeli makanan yang dicipta Barat untuk merosakkan minda dan jiwa kita sendiri.

Tidak cukup dengan itu, kita pula membeli susu formula ciptaan Barat untuk menyusu anak-anak kita. Susu-susu formula pula dikatakan mampu menjana minda kanak-kanak supaya pintar dan cerdas. Dari sudut lain pula, tidakkah kita pernah terfikir bahawa zat yang diperoleh daripada susu-susu formula itu akan mempengaruhi jiwa anak-anak kita? Minda anak-anak kita sudah dicorakkan dan dikawal sejak mereka lahir lagi melalui susu-susu formula, ia kemudian mempengaruhi minda dan mempengaruhi tingkah laku mereka. Janganlah kita tertanya-tanya…kenapa anak-anak kita hari ini sudah tidak menghormati orang tua, terlalu suka menonton TV dan menggemari hiburan? Ia mungkin disebabkan pemakanan dan penyusuan ala Barat yang telah kita berikan sejak dia masih kecil lagi.

“Para ibu (hendaklah) menyusukan anaknya dua tahun sempurna, bagi siapa yang hendak menyempurnakan (tempoh) penyusuan.” (Quran, al-Baqarah: 233) (Sumber Terjemahan: Lembaga al-Kitab Indonesia)

Bukankah manusia diperintahkan supaya menyusukan anak daripada susu badan? Walaupun perintah Allah melalui ayat itu hanya bersifat pilihan dengan kalimah: ‘bagi siapa yang hendak menyempurnakan (tempoh) penyusuan’ , ia juga bermaksud penyusuan dengan susu badan itu amat digalakkan dalam Islam.

Dan jika tiada pilihan untuk disusukan kepada anak-anak selain susu formula, maka pastikan keperluan lain dipenuhi dan diutamakan seperti adab sopan, pengetahuan, ilmu yang seimbang antara dunia dan akhirat, jadikan dia sebagai insan berguna, bukan sebagai hamba kepada Yahudi.
--
Strategi menguasai Ajna (penglihatan) dan Sahasrara (minda)



Setiap kali melihat bangunan kubah emas ini, apa yang anda namakan kepada bangunan ini? Anda sebut ini Masjid al-Aqsa? Anda fikir ini Masjid al-Aqsa kerana siaran berita di televisyen mengatakan ini masjid al-Aqsa? Hanya kerana berita di televisyen menunjukkan imej ini setiap kali timbul isu di Masjid al-Aqsa, maka anda fikir inilah Masjid al-Aqsa? Anda silap, kerana penglihatan dan minda sudah dikuasai Yahudi.

Imej bangunan kubah emas yang anda lihat itu ialah Dome of the Rock (atau Masjid Umar), manakala Masjid al-Aqsa ialah bangunan berkubah perak hitam yang terletak tidak jauh dari Dome of the Rock.




Ia adalah untuk mengalih perhatian umat Islam seluruh dunia terhadap lokasi sebenar Masjid al-Aqsa yang pernah dilawati Nabi Muhammad dalam peristiwa Israk Mikraj. Kerja penggalian oleh Yahudi di Masjid al-Aqsa yang berkubah perak hitam terus dijalankan tanpa banyak halangan kerana penglihatan majoriti umat Islam sudah dialihkan kepada Dome of the Rock. Maka, setiap kali timbul isu protes di kalangan umat Islam Palestin terhadap penggalian Masjid al-Aqsa oleh Yahudi, kita akan ditunjukkan imej Dome of the Rock. Penggalian itu pula diberikan alasan sebagai untuk tujuan cari gali sejarah dan arkeologi theologi.


Ini Masjid al-Aqsa yang sebenar

Kerja penggalian itu secara tersembunyi adalah untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa supaya ia kelihatan seperti ia runtuh dengan sendiri bagi mendirikan semula Istana Kuil Sulaiman (sila rujuk artikel Knights Templar dalam posting sebelum ini Freeman Bloodline). Istana Kuil Sulaiman itulah yang akan menjadi tempat Dajjal ditabalkan sebagai raja kepada bangsa Yahudi di akhir zaman, ‘raja yang dijanjikan’ di tanah yang dijanjikan.

Menurut kepercayaan (tradisi lisan) masyarakat di Timur Tengah, Masjid al-Aqsa didirikan di atas kesan runtuhan salah satu daripada bangunan istana Nabi Sulaiman yang mana di dasar tanahnya menyimpan saki baki pengetahuan rahsia terhadap ilmu sihir dan rahsia alam jin. Ia juga dikatakan menyimpan rahsia terhadap penyempurnaan pengetahuan alam jin yang tertimbus di dasar tanahnya. Ini kerana dalam tradisi Islam dan Yahudi, Nabi Sulaiman dikenali sebagai seorang manusia yang dikurniakan kelebihan oleh Allah untuk berhubung dengan alam jin. Maka, segala pengetahuan berhubung alam jin telah ditimbus ke bawah tanah (tahu relevan muzik underground dengan istilah ini?) ditanam oleh Nabi Sulaiman sebelum baginda wafat kerana manusia secara dasarnya ditegah untuk mempunyai hubungan dengan jin dan syaitan (kecuali dengan izin Allah).



Logistik peralatan kerja penggalian di Masjid al-Aqsa

Kembali kepada kerja penggalian di tanah yang dijanjikan. Terma ‘raja yang dijanjikan’ dan ‘tanah yang dijanjikan’ ini tidak terdapat dalam kepercayaan Yahudi Ortodox, melainkan hanya terdapat dalam kepercayaan Yahudi Zionis Gnostic. Doktrin itu hanya dipercayai oleh golongan Yahudi penyembah syaitan sejak zaman Babilon dan Mesir purba serta para Yahudi penganut agama pagan dari zaman awal sejarah kesesatan.

Minda kita dikawal dengan teratur..sudah nampak sedikit? Kita masuk pula ke sudut lain yang juga mistik pada dasarnya.

Dalam kepesatan dunia moden hari ini termasuk di dunia Islam dan dunia Barat, berapa ramai yang percaya dengan kewujudan hantu, syaitan dan alam ghaib? Jawapannya, sudah tidak ramai yang percaya dan ramai pula mempersoalkan kewujudan makhluk ghaib dengan meminta penjelasan sains moden.



Ramai di kalangan ‘cerdik pandai’ yang mengatakan gangguan histeria adalah disebabkan masalah tekanan perasaan walaupun mangsa histeria itu berkali-kali memberitahu bahawa dia ternampak hantu atau makhluk yang menakutkan sehingga menyebabkan dia menjerit ketakutan. Hantu juga jin dan syaitan.

Kaedah perubatan psikologi moden cuba untuk menidakkan kewujudan makhluk ghaib dalam kes histeria dengan menggantikan ia dengan terma tekanan perasaan. Malah, seorang pakar motivasi di Malaysia yang beragama Islam (penulis enggan sebutkan namanya) juga mengatakan ia bukan disebabkan gangguan makhluk halus, melainkan ia adalah kesan tekanan perasaan.

Sebenarnya dalam perancangan Illuminati, mereka cuba untuk membuatkan manusia tidak percaya kepada kewujudan makhluk ghaib (termasuk syaitan dan makhluk ghaib yang sama jenis dengannya). Oleh itu, mereka mewujudkan cabang ilmu baru iaitu ‘psikologi’ dan ‘psikiatri’ atau bahasa mudahnya ilmu perubatan sakit jiwa. Maka, setiap ubatan yang dibekalkan untuk merawat pesakit jiwa (kadang kala pesakit itu tidak benar-benar gila) akan menyebabkan seseorang itu menjadi benar-benar sakit jiwa, kesan daripada ubat kimia dadah yang diberikan. Ia adalah strategi menggilakan orang untuk menutup persepsi terhadap kepercayaan manusia terhadap kewujudan syaitan, supaya manusia tidak menentang syaitan.


Perubatan psikologi moden hanya mementingkan unsur logik
dengan menolak elemen mistik, secara langsung menjerumuskan
manusia ke kancah penafian terhadap kewujudan Tuhan

Tidak mempercayai kewujudan syaitan juga akan membawa kepada kesan kepada tahap keyakinan manusia terhadap kewujudan Tuhan. Kesannya, manusia mula mempersoalkan kewujudan Tuhan.

Apabila manusia sudah tidak mempercayai kewujudan syaitan dan lebih mempercayai sains moden, maka secara automatik minda manusia berjaya dikawal dari segi jiwa. Mereka menguasai jiwa manusia, menguasai kepercayaan manusia. Nampak semua ini? Ini bermaksud para cerdik pandai dalam sains dan psikologi juga sudah dikawal minda, tetapi dengan syarat iaitu hanya jika mereka menolak kepercayaan terhadap kewujudan syaitan yang menjerumus kepada mempersoalkan kewujudan Tuhan. Matlamat mereka ialah untuk menjauhkan manusia daripada Tuhan dan agama.

Malah, golongan Illuminati yang terlibat dalam bidang perubatan juga kini cuba menjadikan kaedah hipnotik (pukau) sebagai salah satu daripada sains perubatan moden. Sedangkan pukau itu adalah sihir, dan sihir itu amalan syaitan.


Kaedah hipnotik ini dikatakan mampu menenangkan fikiran pesakit trauma kerana ia boleh menjadikan minda kosong buat seketika. Bahaya apabila minda menjadi kosong, kerana pada masa itulah syaitan akan cuba menguasai minda melalui saluran darah. Ia adalah strategi terancang antara syaitan dengan agenda para penyembahnya.



sel darah merah

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Terdapat mesej berguna dalam hadis Rasulallah ini, iaitu syaitan bergerak melalui saluran darah dan perjalanan syaitan menjadi sukar jika kita berlapar. Secara logik fitrah, manusia akan ligat berfikir ketika lapar. Ia termasuk berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan makanan (jika tidak berpuasa), atau sentiasa mengingati Allah dan akur dengan rezeki yang ditetapkan-Nya.

Langkah mengingati Allah menandakan minda kita tidak kosong, maka syaitan sedikit sukar untuk menguasai minda kita. Jadi, motif utama hipnotis ialah untuk mengosongkan minda manusia supaya mudah dikawal.

"Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari Aku". (Quran, Al-Baqarah: 152)
-
Lihatlah bagaimana minda kita dikawal dari segi nafsu seks (kelemahan utama manusia), pemakanan, penglihatan dan jiwa kita. Janganlah kita terus menjeratkan diri dalam sistem ini, sekali minda dikawal, kita akan terus terjerat dalam sistem Dajjal. Bebaskan minda, hiduplah dengan bebas dalam jalan lurus yang ditunjukkan Muhammad, ini kerana Islam diturunkan untuk membebaskan manusia daripada kesesatan dan kebodohan.

Dan, amalan yoga juga bertujuan untuk mengosongkan minda walaupun pada kasarnya dikatakan untuk meningkatkan koordinasi antara minda dan tubuh serta mengekalkan kesihatan dengan langkah merehatkan minda yang kosong. Yoga adalah amalan dalam agama Hindu. Cukuplah jika kita bersolat 5 waktu kerana khasiatnya jauh lebih baik daripada yoga.

…bersambung..Insya-Allah..
posted by Konspirasi-Teoris

Saturday, December 19, 2009


SISTEM DAJJAL

SISTEM DAJJAL: Pendahuluan


Salam Maal Hijrah,

Umat Islam baru sahaja melangkah ke tahun baru 1413Hijrah pada Jumaat lalu, peristiwa Hijrah terlalu menyentuh hati penulis kerana Nabi Muhammad saw berhadapan ancaman maut sepanjang perjalannya ke Yathrib @ Madinah di mana kaum kafir Quraisy bersungguh-sungguh mahu mencari Rasulallah untuk dibunuh bagi menamatkan perjuangan baginda menyampaikan agama Allah kepada umat manusia. Nabi kemudian disambut dengan lagu ‘Tho laa’al Badru Alaina’ oleh penduduk Madinah sebaik sampai dengan selamat ke Madinah.

Penulis juga tidak mampu menahan air mata setiap kali mendengar lagu ‘Tho laa’al Badru Alaina’ dan apabila mengenangkan pengorbanan serta perjuangan Nabi dalam membawa khabar gembira kepada seluruh umat manusia, khabar gembira bahawa Allah amat sayangkan manusia dengan mengutuskan seorang nabi untuk membimbing kita daripada tersesat, lalu diutuskanNya Muhammad sebagai insan contoh terbaik, nabi terakhir yang disebut-sebut oleh nabi-nabi terdahulu. Peristiwa Hijrah telah membuka lembaran baru kepada sejarah Tauhid supaya manusia mengenal Tuhan dan tujuan mereka dicipta oleh Allah. Ajaran Islam yang dibawa Muhammad adalah satu rahmat dan jalan lurus untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan.

Sejak peristiwa Hijrah, Islam mula berkembang dengan jaya walaupun berhadapan pelbagai ancaman di saat zaman awal perkembangannya. Ia adalah hasil gigih umat Islam terawal dalam menjamin kelangsungan manusia supaya mengenal Allah, ia adalah agama yang membawa manusia kepada kebenaran dan kejayaan. Maka, kita juga perlu berhijrah dari segi kekuatan iman dan mempersiapkan diri dalam menghadapi fitnah terbesar yang dibawa Dajjal.
---
Agenda Dajjal digerakkan melalui satu operasi sulit yang mengambil masa sangat panjang sejak zaman berzaman, rancangan sulit yang digerakkan oleh golongan penyembahnya yang dijanjikan kekuasaan dan kekayaan di dunia, ia adalah rancangan untuk kemunculan semula ketika dunia sedang dalam keadaan huru-hara di mana manusia hidup dalam keadaan ketakutan, ia adalah rancangan untuk mencetuskan perang akhir, ia adalah zaman perang besar yang memperlihatkan pertembungan antara Islam dengan Yakjuj Makjuj, ia adalah zaman Perang Dunia Ketiga yang memperlihatkan kehancuran besar-besaran terhadap sebahagian besar benua dunia, ia adalah perang nuklear. Perang terakhir dalam sejarah manusia sejak terciptanya Adam. Ia sebenarnya adalah perang akidah yang menumpahkan darah.

Ketika saat manusia diselubungi ketakutan dan kelemahan iman, pada masa itulah Dajjal dari Bani Israel akan muncul sebagai penyelamat. Dia muncul tanpa kita sedari, dia muncul ketika manusia sudah lupa mengenai kisahnya, muncul ketika manusia sudah lupa tentang peringatan Muhammad kepada umatnya mengenai Dajjal, muncul ketika manusia sudah tidak mengenal Allah, muncul ketika manusia tidak ada sebarang persediaan untuk menghadapinya, muncul ketika saat manusia sangat memerlukan jaminan keselamatan semasa perang, muncul ketika saat anak-anak dan isteri kita berhadapan ancaman perang, muncul seperti janjinya dalam epik sejarah bahawa kemunculan terakhirnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia. Ia adalah kemunculan fitnah terbesar, mengaku bahawa dirinya Tuhan dengan memperdaya manusia melalui sihir-sihir (terutama terhadap umat Islam), ia adalah dusta yang paling derhaka terhadap Allah.

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka.” (Quran, al-Baqarah: 120)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukannya (dengan sesuatu yang lain) dan dia mengampuni segala dosa yang selain daripada kesalahan itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendakinya,”  (Quran, an-Nisa: 48)

Dajjal dan pengikutnya sudah bersedia. Bersedialah, kerana tanda-tanda Perang Dunia Ketiga begitu hampir apabila Amerika dan sekutunya kini kerap mencari alasan untuk mencetuskan perang terakhir itu dengan menjadikan program uranium Iran sebagai alasan, alasan untuk menggempur dunia Islam seiring dengan tuduhan pengganas terhadap umat Islam. Jika tidak tercetus semasa hayat kita, maka peringatkanlah anak-anak kita supaya mereka bersedia untuk menghadapi ancaman fitnah terbesar dalam sejarah manusia. Sesungguhnya kita sudah dilemahkan melalui Sistem Dajjal sejak sekian lama sehingga kita lupa terhadap tujuan kita dilahirkan pada akhir zaman.

Tanda-tanda mistik melalui kejadian paranormal juga semakin kerap terpampang di akhbar sejak akhir-akhir ini, ia adalah tanda-tanda yang mempunyai pertalian maksud terhadap kod kemunculan semula Dajjal. Fenomena UFO juga termaktub dalam sebahagian agenda kemunculan semula manusia misteri ini, momokan bahawa dunia akan diserang makhluk asing juga adalah sebahagian daripada agenda kotor, momokan bahawa dunia akan kiamat pada 2012 seperti dalam ramalan tamadun Mayan juga adalah sebahagian daripada agenda berkait ini. Penulis bermohon kepada Allah Yang Maha Bijaksana supaya mengizinkan penulis untuk cuba menjadikan benang-benang halus lagi tersembunyi ini bertaut sehingga jelas kelihatan. Sedarlah saudara-saudara seagama, janganlah kita menjadi golongan yang mengalu-alukan kehadiran Dajjal tanpa kita sedari. Janganlah kita menjadi hamba kepada Sistem Dajjal.
---

Sistem Dajjal: Persediaan Dajjal Ke Arah Kemunculannya Yang Terakhir

Melalui tajuk ini, kita akan cuba membongkar perancangan Dajjal sejak zaman berzaman yang sehingga membentuk satu sistem yang menguasai kehidupan penduduk dunia hari ini. Sistem ini tanpa disedari menjadikan penduduk dunia tunduk kepada kekuasaan para pengikut Dajjal dalam menjayakan kemunculannya dengan penuh dramatik yang cryptic. Subjek-subjek yang akan disampaikan adalah seperti di bawah, ia adalah sistem yang berkait antara setiap satu:

1. Mind Control: Racun Sejak Zaman Berzaman
2. Kemunculan Agama-agama Sesat
3. Renaissance & Reformation Men: Orang Suruhan Operasi Dajjal
4. Tenaga Ritual: Mistikal Pintu Dimensi
5. UFO, 2012 & New World Order
6. Perbankan Internet & Sistem Kewangan Digital
7. Sistem Hiburan Realiti & Ladies in Red
8. Perangkap: Antara Istilah Antichrist, Dajjal dan Imam Mahdi

…bersambung.. Insya-Allah…. (mohon maaf kerana agak sibuk dengan tuntutan tanggungjawab majikan)
posted by Konspirasi-Teoris

Saturday, December 12, 2009


JEJAK-JEJAK DAJJAL DALAM PENTAS SEJARAH



Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.

Penulis tahu, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.

Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.
Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains….KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!

Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.

Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Penulis menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin penulis cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat penulis ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.


KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL.

Mengenalpasti & Menyusun kod

Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam

Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.
---
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
---

Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:
"Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?" Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal."
"Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: "Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab: "Aku pengintip rahsia (Jassasah)" Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?". Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."
Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali. Kemudia mereka bertanya: "Siapa kamu ini?" Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan." Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?" Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering."
Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?" Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."
Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?" Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya." Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?" Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya." Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?" Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi"
Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat."
Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur"
Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah."

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.
---

Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

- akan muncul pada akhir zaman
- mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- menyebar fitnah dan dusta
- keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)

Kod-kod sumber Yahudi

"This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666)." (Bible, Revelation 13:18)

- ayat ini bermaksud, hanya orang yang faham sahaja akan menyedari angka 666.
---

“For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)

- ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta
---

Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.


Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara
Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)

Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God

Dalam artikel sebelum ini, penulis ada menceritakan secara ringkas mengenai Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.

Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.

Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.

Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.

Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.

Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.

Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus. Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.

Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – maklumat disusun daripada Ancient Egyptian Myth & Book of the Deads.
---
kod 2:


Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan) menurut
kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan seperti makhluk asing

Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan

Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.

Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.



Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu

Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).

Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori penulis ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.


Kalendar Mayan yang berbentuk matahari

Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?

Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.
---
kod 3:


Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?


Piramid Xian dan Mayan tersebut mungkin separuh siap seperti
piramid dalam rajah ini.. hanya menunggu ketibaan semula mata itu.
Segala-galanya mengenai matahari, segitiga bermata satu itu
juga digambarkan bersinar sebagaimana matahari.


Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth

Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.

Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.

Wednesday, December 2, 2009


Merovingian

Sebelum memasuki topik Sistem Dajjal, kita fahami dahulu mengenai keturunan Merovingian.


Merovingian adalah pecahan daripada keturunan elit istana dari zaman Babilon (Semiramis, Nimrod dan sebagainya) dan Mesir purba (Horus, Amon, Ra, Osiris dan sebagainya) hingga ke hari ini. Keturunan elit istana dari zaman purba ini pula bukan sahaja mewarisi darah keturunan yang sama, malah terus mewarisi gelaran dan kedudukan diraja di Eropah hari ini. Mereka ini memainkan peranan penting dalam perjalanan sejarah dunia moden dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah dunia moden.

Diperakui, adalah sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai Merovingian dari perkaitannya antara perspektif sejarah dengan geneologi yang berhubung kait dengan keturunan elit. Tidak banyak hasil tulisan yang dihasilkan oleh penulis-penulis berkaitan penglibatan keturunan ini dalam pentas dunia, yang banyak ditulis hanya berkisar mengenai kisah kehidupan peribadi seseorang keturunan diraja di Eropah. Bahan bacaan sedemikian sedikit membosankan tetapi masih ada beberapa maklumat yang boleh dimanfaatkan.

Kunci bagi menjejak keturunan ini di Eropah ialah menerusi perjalanan hidup puteri Mesir, Cleopatra (tahun 69 S.M) yang berhijrah dari Mesir ke Eropah melalui perkahwinan dan melahirkan keturunan campuran Mesir-Eropah. Cleopatra lahir di Mesir pada tahun 69 SM, pada ketika Mesir menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Greek semasa era Alexander The Great. Apabila Alexander meninggal dunia pada 336 SM, rakannya iaitu Ptolemy mengambil alih pentadbiran Mesir dan mengahwini wanita Mesir dari keturunan istana. Pemerintahan Ptolemy disebut sebagai Dinasti Ptolemy.


Cleopatra

Cleopatra adalah anak kepada Ptolemy XII. Apabila Ptolemy XII meninggal dunia pada tahun 51 SM, dia memerintahkan Cleopatra (ketika itu berumur 17 tahun) mengahwini adiknya sendiri iaitu Ptolemy XIII yang ketika itu baru berusia 12 tahun dan meneruskan pemerintahan Mesir. Sepanjang pemerintahan Cleopatra, dia menjadi lebih dominan berbanding adik lelaki yang dikahwininya. Akibatnya, dia diusir keluar dari tampuk kekuasaan politik Mesir.

Beberapa bulan setelah diusir, angkatan tentera Rom yang dipimpin Julius Caesar kemudian tiba di Mesir. Cleopatra yang menyedari kehadiran tentera Rom kemudian membuat keputusan untuk menjalin hubungan dengan Julius Caesar bagi membolehkannya berkuasa semula dalam politik Mesir.

Caesar dan Cleopatra kemudian bekerjasama menggulingkan Ptolemy XIII iaitu adiknya sendiri. Cleopatra berjaya mendapatkan semula kedudukannya dalam kerajaan Mesir dan mengahwini seorang lagi adik lelakinya iaitu Ptolemy XIV untuk mendapatkan kuasa politik. Dalam masa yang sama, Cleopatra menjalin hubungan sulit dengan Caesar sehingga melahirkan seorang anak, Caesarion. Pada tahun 46 SM, Caesar dan Cleopatra berpindah ke Rom bersama Caesarion. Di Rom, Cleopatra digelar Isis Baru sempena nama Tuhan Perempuan dalam tradisi Mesir.

Pada tahun 44 SM, Caesar meninggal dunia selepas dibunuh. Cleopatra kemudian kembali ke Mesir dan membunuh Ptolemy XIV bagi membolehkan Caesarion menjadi raja. Selepas kamatian Caesar, dua orang panglima iaitu Mark Anthony dan Octavian bersaing untuk memperoleh kuasa politik di Rom. Anthony kemudian bertemu Cleopatra pada tahun 42 SM dan menawarkan kuasa politik di Rom kepada Cleopatra, mereka kemudian berkahwin dan melahirkan dua anak kembar iaitu Selene dan Alexander Helios. Kemudian pada tahun 32 SM, Cleopatra melahirkan seorang lagi anak iaitu Philadelphus. Pada ketika itu, Cleopatra dan Anthony mengelar diri mereka sebagai Tuhan (keluarga Tuhan) sepertimana dalam ajaran agama triniti pagan (agama pagan bepegang kepada fahaman keluarga tuhan dan tuhan mempunyai anak). Pada tahun 34 SM, salah seorang anak mereka ditabak sebagai raja di Armenia.

Bemula detik itu, keturunan elit diraja Mesir melalui Cleopatra mula berkembang di Eropah hasil daripada perkahwinan Cleopatra dengan Mark Anthony dan Julius Caesar. Anak-anak yang lahir itu kemudian terus berkembang dan menjadi golongan diraja di sekitar Eropah. Keturunan diraja di England, Perancis, Rusia, Sepanyol dan lain-lain negara di Eropah mempunyai pertalian darah dengan keturunan firaun Mesir. Keturunan ini terus mengamalkan fahaman pagan sepanjang zaman perkembangan di Eropah termasuk semasa Zaman Gelap.

Amalan sihir yang diwarisi sejak zaman Mesir purba sudah menjadi kebiasaan di kalangan golongan ini. Kelahiran agama Kristian juga mempunyai pertalian dengan golongan Merovingian, ini kerana golongan ini mempunyai kuasa yang besar dalam menguasai gereja semasa perkembangan agama Kristian.

Dan, fahaman Kristian juga berkisar mengenai triniti keluarga tuhan seperti yang diamalkan dalam agama pagan. Agama pagan banyak menyelitkan unsur keluarga tuhan seperti dalam kepercayaan Greek kuno di mana Tuhan Zeus mengahwini manusia wanita dan melahirkan Hercules, ia juga berkisar dalam triniti. Juga seperti agama pagan Mesir yang berpegang fahaman triniti.
Agama Kristian yang wujud hari ini adalah sebagai pembaharuan terhadap agama pagan dengan mengekalkan konsep triniti. Ia juga sebagai satu medium untuk menghina Allah oleh para pengasas agama itu. Dan, para pengasas agama itu pula adalah daripada keturunan yang sama terlibat dalam konspirasi membunuh Nabi Isa. Dan, golongan Yahudi yang terlibat dalam konspirasi membunuh Nabi Isa pula adalah daripada keturunan yang sama berkhidmat dengan tukang sihir di zaman firaun di Mesir. Dan, keturunan yang berkhidmat dengan tukang sihir firaun itu pula mengaku bahawa firaun itu tuhan, pada masa yang sama mereka menyembah syaitan melalui amalan sihir.

Kesimpulannya, agama pagan yang dianut oleh penyembah syaitan terus berselindung di sebalik agama Kristian hari ini sehingga hari kiamat. Golongan diraja di Eropah menjadikan agama Kristian sebagai agama yang dominan dan mereka kerap melakukan perubahan terhadap agama itu sesuka hati sehingga berpecah kepada beberapa fahaman baru seperti Protestant, Anglican dan sebagainya.

Dalam dunia hari ini, negara-negara di Eropah terus menyimpang dan kita pula sudah lama dikejutkan dengan trend perkahwinan sesama jantina (gay/homoseksual) di gereja-gereja Kristian di Eropah. Ia seperti mengembalikan kaum Nabi Lut seperti dalam sejarah Sodom (al-Quran menyebutnya sebagai Sadum) dan Gomorrah. Ia juga sebagai jalan untuk mencabar Allah dan mempercepatkan keluarnya Dajjal secara terbuka dalam umat manusia. Merovingian mahu manusia membuat dosa dan mencabar Allah, ia bagi mempercepatkan keluarnya Dajjal untuk ditabal menjadi raja kepada golongan penyembah syaitan.

Dari sudut geneologi (kaji keturunan), keturunan Illuminati, Merovingian dan semua Presiden Amerika (termasuk Obama) adalah daripada keturunan yang sama, keturunan Elit daripada keluarga diraja Babilon dan Mesir purba.
---
Kita kembali sebentar kepada peristiwa yang hampir dengan waktu kita pada hari ini iaitu zaman kolonialism dan imperialism atau era penjajahan Barat ke atas majoriti negara dunia.

Kita sedia tahu bahawa England dan lain-lain negara Eropah giat menjalankan dasar penjajahan ke atas negara-negara di dunia. Salah satunya seperti yang diajar melalui buku sejarah (benarkah buku sejarah yang ditulis?) ialah untuk Eropah menguasai ekonomi dan kekayaan negara jajahan selain menyebar agama Kristian. Ia juga ke arah pemusatan kuasa New World Order untuk menundukkan dunia di bawah satu pentadbiran mutlak.

England semasa era kolonialism begitu giat menggalakkan para ahli arkeologi (ahli sejarah) dari negara itu untuk menjalankan kegiatan cari gali di piramid-piramid Mesir. Cari gali yang dilakukan ahli sejarah England bukanlah untuk mencari nilai sejarah semata-mata, tetapi adalah untuk mencari peninggalan nenek moyang Merovingian atau lebih tepat…untuk menjejak keturunan Merovingian di Mesir melalui cari gali di piramid-piramid firaun. Hasil cari gali itu kemudian dibawa pulang ke England, sebahagiannya dipamer di muzium dan sebahagian lainnya pula disimpan untuk koleksi Merovingian. Piramid adalah salah satu daripada kunci rahsia, ia juga adalah simbol Illuminati.


Hierarki kekuasaan IIluminati

Sunday, November 29, 2009


Kesedaran dan Hikmah Ibadah Qurban

Ketika Hari Raya Qurban pada 27 November lalu, penulis tidak melepaskan peluang untuk menjalani ibadah qurban. Namun sebaik sahaja melihat darah haiwan qurban mengalir ke tanah sebaik disembelih, terdetik di hati penulis. Lembu yang disembelih itu kelihatan seperti redha apabila nyawanya perlahan-lahan meninggalkan jasad. Haiwan itu mengorbankan nyawa dan mengalirkan darah semata-mata mahu membolehkan manusia memperoleh pahala dan keredhaan Allah. Tulang-tulang dan darahnya itu pula akan menjadi saksi di hari pembalasan, saksi kepada ibadah qurban yang dilakukan manusia.

Terdetik juga di hati penulis, haiwan itu meninggalkan dunia ini kerana ketetapan Allah sudah menjemputnya melalui perantaraan malaikat Izrail.

Maka, adalah baiknya juga jika manusia berkorban dan meninggalkan segala keseronokan yang melampau di dunia ini dan mengenali diri untuk berhadapan dengan musuh sebenar. Manusia harus mengorbankan segala keseronokan dunia yang melampaui batas. Biarlah keseronokan yang ditinggalkan itu menjadi ibadah supaya kita lebih mengenali tujuan dan motif kita dilahirkan di akhir zaman.

Ada tujuannya kita dipilih menjadi umat akhir zaman. Kita dipilih supaya berhadapan dengan fitnah Dajjal dan mempertahankan agama Allah di saat dunia semakin dekat dengan penghujungnya. Jika kita masih belum sedar mengenai tujuan kita dilahirkan di akhir zaman, eloklah kita segera sedar dan mula meneroka tujuan kita dicipta dan dilahirkan.

Sesungguhnya umat akhir zaman dilahirkan untuk menghadapi ancaman Dajjal, kenali individu Dajjal dan bersedialah. Sedarlah dan bangkitlah. Kita sudah lama ditidurkan.

bersambung.... Bahagian 3: Sistem Dajjal.... Insya-Allah
posted by Konspirasi-Teoris

Monday, November 23, 2009


Sub-bahagian 2; Rockerfeller & Rothschild Bloodline

Dalam bab ini juga, siapa Hitler yang sebenarnya juga disediakan jawapan.

Rockefeller Bloodline

Keturunan ini memainkan peranan yang cukup besar dalam menjayakan agenda Dajjal melalui Illuminati dan Freemason sejak sekian lama. Mereka juga menguasai semua gereja Kristian dan berselindung disebalik agama pagan yang diperbaharui dengan mencemarkan nama Nabi Isa dan dengan menghina Allah melalui konsep trinity pagan yang digunapakai dalam agama Kristian.

Rockerfeller adalah nama besar dalam Top 13 daripada lebih 1,500 keturunan Illuminati yang ada di dunia hari ini. Keturunan Rockerfeller juga berperanan mengendalikan lebih 200 hingga 1,000 operasi sumber dana rahsia kepada pakatan-pakatan rahsia yang berlarutan sejak zaman berzaman.

Keistimewaan keturunan Rockerfeller di Amerika ialah, mereka tidak pernah membayar walau satu sen pun kepada kerajaan Amerika dan diberikan pengecualian cukai sejak 1970-an atas sebab peranan besar yang dimainkan dalam menghidupkan gerakan Illuminati di bawah kerajaan Amerika. Mereka memainkan peranan seperti:

1. Menyediakan sumber dana seperti Sealantic Fund kepada seminar-seminar sains tulen yang menidakkan konsep ketuhanan secara tersembunyi.

2. Menyediakan sumber dana kepada universiti-universiti untuk menjalankan kegiatan pendidikan seperti mengendalikan The Union Theological Seminary yang membincangkan unsur-unsur logika dengan kepercayaan sehingga menjerumuskan golongan cendekiawan ke arah pemikiran yang akhirnya tidak mendukung fahaman keagamaan, ia adalah strategi brain-wash.

3. Menyediakan dana untuk penubuhan agama-agama baru berpaksikan tuhan selain Allah seperti Scientology, Cao Dai, Lucis Trust dan sebagainya.

4. Menentukan siapa yang berhak diketengahkan melalui media atau dijatuhkan melalui media di Amerika dan Eropah.

5. Menggerakkan gerakan anti agama menerusi muzik Black Metal dan lain-lain kaedah.

Keturunan Rockerfeller berperanan sebagai pengawal yang mengawal pergerakan media, bank dan kerajaan, tetapi tidak memiliki firma media, bank atau menduduki kerusi kerajaan.

Rothschild Bloodline

Menerusi buku The Shadow of a Great Man, Lord Rothschild menceritakan mengenai sepucuk surat yang dikirim Davidson kepada Nathan Rothschild bertarikh 24 Jun 1814 yang bertulis dan diterjemahkan ke bahasa Melayu berbunyi: “…selagi sesebuah house (kerajaan) itu milik kamu dan selagi kamu bekerjasama dengan saudara-saudara kamu, tidak akan ada satu house pun di dunia ini yang mampu menandingi kamu atau menjejaskan kamu atau mengambil kesempatan ke atas kamu, kamu bersama saudara-saudara kamu pula akan mengambil alih dan membuat house-house baru di serata dunia..”.

Lord Rothschild juga melalui bukunya menceritakan tentang sepucuk surat lagi yang dikirim oleh Saloman Rothschild kepada Nathan Rohschild pada 28 Februari 1815 yang berbunyi: “…Kita adalah seperti mekanisme (peralatan) dalam sebuah jam tangan, di mana setiap bahagiannya adalah penting..” Ia merujuk kepada pengaruh dan peranan keturunan Rothchild dalam menggerakkan agenda sulit terutama penubuhan house (kerajaan) baru iaitu Israel.

Simbol Star of David pertama sekali digunakan keturunan Rothschild bagi mewakili simbol enam pintu dunia syaitan berbentuk tiga segi (enam piramid di permukaan segi enam) bagi tujuan pemujaan. Sejak Zaman Gelap Eropah, simbol bintang berbucu enam (hexagram) dan bintang berbucu lima (pentagram) kerap digunakan oleh pengamal sihir Eropah, juga digunakan ahli sihir Kabbalah, juga Druids, juga Witches dan juga Satanis dan juga sejak zaman Arab Jahiliah.

Maka pada tahun 1822, simbol pentagram dan hexagram dijadikan simbol untuk mewakili pergerakan Satanis disebabkan simbol itu telah sebati dengan pintu dunia syaitan disebabkan digunakan sebagai medium sihir sejak zaman berzaman, ia tetap mampu menjadi elemen sihir walaupun diterbalikkan.


Salah satu  jenis Red Shield Star of David

Keturunan Yahudi yang menggunakan nama Rothschild bermula di Jerman pada kurun ke-17. Nama Rothschild terbentuk daripada istilah red-shield (perisai merah) iaitu simbol hexagram berwarna merah yang menjadi simbol sihir Kabbalah (agama mistisism yang menjadi amalan warisan Yahudi sesat) dan kerap digunakan dalam ritual Kabbalah sekitar kurun ke-17. Ia bermula apabila perbuatan Mayer Armschel Bauer yang suka menggantung hexagram merah di dinding rumah dilihat oleh Mayer Amschel Bauer, lalu Bauer menamakan hexagram merah itu sebagai red-scheild. Sejak itu keluarga Bauer dikenali sebagai Redscheild lalu menjadi Rothschild sebaik berhijrah ke England dan Amerika.

Seorang penulis, Alice Bailey melalui bukunya A Treatise On White Magic mukasurat 412 menjelaskan hierarki Satanism Illuminati yang wujud sejak zaman tamadun Babilon digerakkan menerusi sumber kewangan daripada ‘the hidden financial group’ yang menguasai semua kegiatan ekonomi dan perdagangan dunia bermula abad ke-16.Bailey juga merekodkan bahawa pada 1836, seorang Yahudi bernama Zevi Hirsch Kalischer menemui keluarga Rothschild bagi merangka plan penguasaan ekonomi Eropah dan dunia menerusi agenda besar. Malah, Zevi juga bersama Rothschild merangka satu plan terancang perlu dibuat bagi menubuhkan sebuah negara Yahudi Israel berpaksikan ideologi Yahudi Babilon dan Zionis.

Apabila idea itu mula disebarkan secara sulit kepada orang Yahudi sekitar Eropah, golongan Yahudi Ultra-Ortodox bagaimanapun bangkit menentang dasar Zionis yang dibawa Zevi dan Rothschild. Idea penubuhan negara Israel ditentang oleh golongan ortodox kerana tiada istilah tanah yang dijanjikan dalam ajaran ortodox.

Penentangan golongan ortodox inilah yang membawa kepada peristiwa holocaust oleh tentera Nazi terhadap Yahudi Ortodox. Golongan ini dibunuh disebabkan tidak menyokong gagasan penubuhan negara Israel, dan juga dibunuh kerana golongan ini cuba memberitahu dunia mengenai agenda jahat Zionis.

Pada 1891, sumber Freemason merekodkan Charles T.Russel (salah seorang keturunan Illuminati) yang berada di Palestin mengirim surat kepada Lord Rothschild di mana isi kandungan surat itu ialah mengenai strategi untuk membuka tanah Yahudi di wilayah Palestin dan mengambil alih secara teratur setiap wilayah bermula Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Tigris di Iraq. Malah surat itu juga menggariskan beberapa strategi kewangan dan sumber dana untuk menjadikan rancangan negara Israel sebagai satu realiti. Juga, merancang membentuk ideologi anti-agama dan New World Order menerusi komunisme.

Keturunan Rothschild yang merupakan tycoon besar dalam perniagaan dan perdagangan di Jerman menjadi penyumbang dana terbesar dalam setiap agenda sulit Yahudi sejak abad ke-16. Malah, keturunan ini yang mempunyai pertalian darah dengan keturunan Hitler pada abad ke-20 juga menjadi penyumbang dana terbesar kepada Nazi, Amerika, Jepun, Britain dan Eropah dalam menjayakan agenda Perang Dunia Kedua yang berakhir dengan penubuhan negara Israel dan United Nations (Pertubuhan Bangsa Bersatu/PBB).

Sejarah Dunia adalah satu Pembohongan: Hitler adalah keturunan Rothschild !!!

Penulisan sejarah hari ini sebenarnya ditulis oleh golongan orientalis dan evangelis yang pro-Mason dan pro-Yahudi di Eropah dan Amerika. Penulisan sejarah oleh golongan ini juga banyak menyembunyikan fakta, teknik penulisannya boleh dikatakan sama seperti teknik penulisan Bible yang mempunyai banyak versi dan percanggahan antara setiap satu.

Sejarah yang diajar di sekolah dan dibaca melalui buku-buku tilisan Barat adalah pembohongan. Sejarah yang mereka tulis supaya kita baca adalah supaya mereka dapat menguasai pemikiran kita (mind control) dan supaya kita berfikir seperti mereka mahu kita berfikir. Mereka telah menetapkan perkara-perkara sejarah yang ‘harus kita percaya’ mengikut apa yang mereka mahu. Mereka mahu kita percaya bahawa Perang Dunia Kedua adalah untuk menamatkan keganasan Hitler terhadap Yahudi dan untuk mewujudkan dunia yang lebih aman di bawah kekuasaan mereka. Namun di sudut tersembunyi, mereka jugalah yang menjayakan penubuhan Israel selepas Perang Dunia Kedua. Dan, mereka mahu kita berfikir dan percaya bahawa Perang Dunia Pertama pula tercetus kerana untuk mewujudkan dunia lebih aman. Namun dari satu sisi lain, ia adalah untuk menamatkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yang dilibatkan sama dalam Perang Dunia Pertama. Kita ditipu dan masih ditipu. Keturunan Rothschild jugalah yang menyediakan dana untuk menjayakan Revolusi Perancis, Perang Teluk, gerakan komunis di Asia dan banyak lagi peristiwa dunia yang melibatkan peperangan dan kesengsaraan umat Islam.

Kepada penggemar dan pemuja keperwiraan seorang Yahudi bernama Hitler, anda sebenarnya ditipu oleh Yahudi dan Illuminati. Sudahlah... adalah lebih baik kita menyanjungi wira-wira Islam dan bersedia menghadapi Dajjal.


Hitler adalah Yahudi dari keturunan Rothschild

Keturunan Rothschild di Jerman mengalami pecahan kepada banyak nama seperti Bauer. Pecahan Bauer kemudian menjadi keturunan paling berpengaruh dalam amalan pemujaan dan sihir ketika Zaman Gelap Eropah di Jerman. Pada kurun ke-18, Amschel Rothschild menubuhkan dinasti kewangan paling berpengaruh di Frankfurt dan bekerjasama dengan House of Hesse.

Keturunan Rothschild menjadi besar dan mengalami banyak pecahan sehingga hari ini daripada Guy de Rothschild. Keturunan ini juga yang mengasaskan istilah anti-semitik atau anti-Yahudi dan mengecam serta mengenakan tindakan keras kepada mana-mana pihak yang memburukkan bangsa Yahudi.

Kajian oleh sekumpulan ahli sejarah yang dilakukan di Jerman mendapati, kajian semula yang dibuat oleh mereka memperoleh jawapan bahawa Hitler dan Nazi menerima dana perang daripada keturunan Rothschild yang berpusat di Britain. Penemuan itu juga merekodkan Hitler adalah ahli elit dalam pertubuhan rahsia Thule Society dan Vril Society yang berpusat di Jerman. Malah, Leonardo Da Vinci juga direkodkan sebagai salah seorang daripada ahli Thule Society yang mewarisi pengetahuan terahsia.  Kumpulan pengkaji tersebut juga berjaya mengesan rekod urusan pemindahan wang daripada Rothschild kepada Nazi menerusi Bank of England.

Saturday, November 21, 2009


Sub-bahagian 2: Li & Kennedy Bloodline

LI BLOODLINE (Kunci Illuminati di Asia)


Nama orang Cina terbina daripada dua atau tiga abjad simbol. Satu kajian di Peking pada 1970-an mengenai nama orang Cina menunjukkan, sebelum 1966 kira-kira 90 peratus daripada nama orang Cina mempunyai tiga simbol. Namun hari ini, separuh daripada populasi masyarakat Cina hanya menggabungkan dua simbol untuk membentuk nama mereka.

Simbol pertama bagi nama orang Cina adalah daripada nama keluarga Xiang bagi Cina etnik Han iaitu majoriti masyarakat Cina hari ini. Bagi yang menggabungkan tiga simbol, abjad di tengah biasanya mewakili nama generasi terdahulu dan ada juga yang merupakan nama yang diberi kepada individu.

Bagi orang Han, terdapat lebih 3,500 nama keluarga yang digunakan. Tetapi tiga nama keturunan yang merupakan jumlah terbesar dalam masyarakat Cina di seluruh dunia hari ini seperti Li ( ) juga dengan ejaan Lee dalam tulisan rumi, Zhang ( ) dan Wang ( ), bilangan orang Cina yang berketurunan Li mewakili 22 peratus daripada keseluruhan orang Cina di seluruh dunia.


Simbol nama Li atau Lee

Nama keturunan atau keluarga Cina yang kerap diguna di negara-negara Barat pula adalah Chan, Lin, Li, Wong, Huang, Mei, Yang, Chin, dan Fong. Manakala di Tanah Besar China pula, nama keluarga Chen, Li, Zhang, He, dan Huang adalah yang paling besar peratusnya.

Nama keluarga Li adalah sangat popular di China dan serata dunia dan setiap orang Cina yang membawa nama Li menganggap mereka adalah bersaudara, mempunyai pertalian darah walaupun pada hakikatnya ia tidak semestinya mempunyai hubungan darah. Bahkan ada di antara dua individu yang menggunakan nama Li akan mengahwinkan anak-anak mereka dengan keluarga lain yang turut mengguna nama Li bagi tujuan mengikat hubungan darah. Ia adalah budaya yang tersendiri yang diamalkan oleh masyarakat Cina berketurunan Li di China. Malah ia juga sama dengan amalan keturunan Collin, berkahwin sesama keturunan sendiri untuk mengekalkan garis darah.

Menurut kamus nama orang Cina iaitu Xing Zuan, sejarah keturunan Li mempunyai sejarah yang panjang dan bermula dengan Maharaja Zhuanzu pada sekitar tahun 2000 SM. Juga direkodkan dalam Xing Zuan, ketika zaman Dinasti Tang (618 hingga 906 SM), kira-kira 15 pembesar dianugerahkan nama Li sebagai nama keturunan, bahkan keturunan Dinasti Tang juga menggunakan nama Li apabila Li Shimin menjadi Maharaja.

Malah ada juga teori mengatakan keturunan Cina yang mewarisi nama Li (Lee) terutama di Eropah dan Amerika turut beberapa kali mengalami perubahan menjadi Lim dan Lei. Lain-lain teori pula mengatakan keturunan Li turut berpecah kepada beberapa nama keluarga lain menjadi Liew dan Chin atau Xin (mungkin nama Chin atau Xin terhasil selepas gabungan antara simbol-simbol lain dengan simbol Li menerusi perkahwinan sehingga membentuk nama Chin) selain Lim dan Lei.

Juga terdapat teori-teori yang mengatakan nama orang Cina boleh dibentuk menjadi nama-nama lain selepas dua atau tiga nama digabungkan dalam satu simbol menjadi satu nama baru.

Terdapat tiga nama Li yang menonjol dalam dunia moden iaitu iaitu Li Ka Shing, Li Peng dan Lee Kuan Yew. Kita fokus kepada Li Peng dan Lee Kuan Yew.

Li Peng dikenali sebagai salah seorang tokoh dalam kerajaan Red China (1928-1976) atau dikenali sebagai Askar Merah Komunis China ketika China dikenali dengan nama People’s Republic of China. Ketika period pemerintahan Red China, direkodkan Rockerfeller dan Rothschild mempunyai hubungan dengan Red China, juga direkodkan Li Peng pernah bertemu Rockerfeller dan Rothschild di New York. Timbul persoalan, kenapa Li Peng yang berfahaman komunis bertemu Rothschild dan Rockerfeller di New York sedangkan Amerika hingga kini dikenali sebagai Negara kuasa besar yang menentang komunis (atau hanya sekadar berdrama seperti membenci komunis?).


David Rockerfeller dalam satu pertemuan dengan Li Chiang, bekas pemimpin Red China

Ideologi Red China memainkan peranan penting bagi keluarga Li dalam menjayakan New World Order menerusi komunisme di tanah besar China.

Li Peng merupakan anak kepada seorang berfahaman komunis. Li Peng menerima pendidikan di Moscow, Soviet Union (kini Rusia) dan diasuh seperti golongan elit yang lain supaya menjadi pakar dalam selok belok komunisme.

(Komunisme adalah satu ideologi yang terhasil selepas pertemuan Anne Collin, Pierre du Pont dan beberapa keturunan Illuminati yang lain termasuk golongan pecahan Merovingian Rusia atau saki baki Tsar dalam pertemuan yang diadakan di Jerman untuk mencapai objektif New World Order, ideologi ini kemudian diserap masuk ke Jerman dan Rusia sehingga membentuk Nazi dan Soviet Union, seterusnya ke China membentuk Red China)

Pada 1976, Lee Kuan Yew mengadakan pertemuan dengan ketua kerajaan Red China, Mao Tse Tung yang juga mempunyai pertalian darah dengan keturunan Li.Intipati sebenar pertemuan itu pula tidak mempunyai penjelasan kukuh, ia hanya dikenali sebagai pertemuan untuk merapatkan hubungan sejarah antara perdagangan China dengan Singapura ketika sebelum era kolonialisme di Tanah Melayu.

Mao juga melantik Li Ta Chao sebagai ketua komunis di utara China semasa peperangan antara puak pro-demokrasi. Li Ta Chao juga adalah ahli pertubuhan rahsia Red Spears, kita lebih kerap menggunakan istilah kongsi gelap apabila merujuk kepada kegiatan rahsia masyarakat Cina, ia sebenarnya lebih sesuai dinamakan pertubuhan rahsia yang mempunyai agenda besar dan berbahaya kepada penganut agama Allah.

Kembali kepada era kemerdekaan China daripada penjajahan British, tokoh yang terkenal dalam sejarah kemerdekaan China moden ialah Sun Yat Sen. Tokoh ini yang merupakan pemimpin kepada 268 cawangan pertubuhan rahsia di China, Amerika, Singapura dan Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) seperti pertubuhan Chung Wo Tong, Tai Luk Shan dan Kwok On Wui, dia juga memainkan peranan besar dalam menggulingkan pemerintahan sistem monarki di China dan menubuhkan republik. Sun Yat Sen juga mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika dan menerima pendidikan barat.


Dr. Sun Yat Sen


Secara sulitnya, Sun Yat Sen juga direkodkan sebagai ahli Freemason menurut sumber-sumber Freemason, dia adalah individu terpenting dalam penyebaran fahaman komunis di sekitar Asia termasuk di Malaysia (sila baca semula buku sejarah Malaysia mengenai bab kemunculan komunis di Malaya, dan fahami sentimen apakah yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya).


Chin Peng (nama sebenar ialah Ong Boon Huat), Ketua Parti Komunis Malaya
yang pernah menjalankan agenda komunis di Malaysia



KENNEDY BLOODLINE


Keturunan Kennedy mengalami banyak proses pecahan menerusi perkahwinan dengan keturunan-keturunan lain seperti Bailey, Booth, Buckley, Collin, Hatfeild, Humphrey, Freeman, James, Phelps, Reagan, Russel, Smith dan Fitzpatrick.
Perkahwinan antara keturunan Kennedy dengan keturunan Collin, Freeman, Russel dan lain-lain tidak perlu disebutkan di sini kerana yang penting ialah menjejak perkahwinan antara Kennedy dengan Fitzpatrick.

Fitzpatrick menurut satu sumber, dikatakan berasal daripada garis keluarga yang mempunyai pengaruh di Ireland dan mempunyai pecahan lain di Perancis, malah dikatakan mempunyai pertalian dengan golongan Yahudi yang terlibat dengan komplot mengubah Taurat dan Zaboor di Babilon.

Dalam rekod lain pula, keturunan Kennedy turut mengahwini keturunan Onassis yang mempunyai pertalian darah dengan keturunan Auchincloss, iaitu salah satu keturunan Illuminati dari Scotland (bukan dari senarai Top 13 Illuminati).

Nama keturunan Kennedy berasal daripada nama O’Kennedy, Cinneide dan Caeneddi dari Ireland. Keturunan ini menjadi semakin berpengaruh pada abad ke-17 apabila berpecah kepada tiga pecahan utama iaitu Don, Fionn dan Rua. Kemudian keturunan ini berhijrah ke Scotland, England dan Perancis bermula tahun 1600, mereka terus berkahwin dengan orang tempatan dan menukar nama keturunan.

Menurut buku The Widow’s Son: The Historical Illuminatus Chronicles yang ditulis oleh seorang Freemason bernama Robert A. Wilson, dia mengaitkan Brian Caeneddi sebagai Kennedy pertama yang dikenalpasti dalam gerakan Illuminati di sekitar Eropah dan Amerika. Malah dikatakan Caeneddi yang menjadi Kennedy juga mempunyai hubungan darah dengan Merovingian.

Pada 22 November 1963 di Dealy Plaza, Dallas, Texas, Presiden Amerika ke-35 iaitu John. F.Kennedy (JFK) dilaporkan mati selepas ditembak dalam satu majlis perarakan. Siasatan yang dilakukan oleh beberapa badan berkuasa khas iaitu Jawatankuasa Warren dan US House Select Committee on Assasination (HSCA) mendapati Kennedy ditembak mati oleh Lee Harvey Oswald. Namun, Lee Harvey Oswald pula ditembak mati oleh seseorang sebelum dia sempat dibicarakan. Kemudian pada 1979, timbul pertikaian apabila National Academy of Science memperoleh bukti meragukan terhadap plot kematian Lee Harvey Oswald dan juga bukti tidak munasabah terhadap siasatan terdahulu oleh HSCA dan Jawatankuasa Warren berkaitan kematian Lee Harvey Oswald sebelum sempat dibicarakan.


John F.Kennedy


Mengapa JFK dibunuh? Cuba fahami maksud ucapan JFK ini yang diucapkan kepada pihak media di Waldorf-Astoria Hotel, New York pada 27 April 1961: Ucapan itu adalah punca JFK dibunuh:

“For we are opposed around the world by a monolithic and ruthless conspiracy that relies primarily on covert means for expanding its sphere of influence, on infiltration instead of invasion; on subversion instead of elections; on intimidation instead of free choice; on guerillas at night instead of armies by day.

It is a system which has conscripted vast human and material resources into the building of a tightly knit, highly efficient machine that combines military, diplomatic, intelligence, economic, scientific and political operations.

Its preparations are concealed, not published. Its mistakes are buried, not headlined. Its dissenters are silenced, not praised.

“No expenditure is questioned. No rumor is printed. No secret is revealed. It conducts the cold war, in short, with a wartime discipline no democracy would ever hope or wishes to match.

“Nevertheless, every democracy recognizes the necessary restraints of national security and the question remains whether those restraints need to be more strictly observed if we are to oppose this kind of attack as well as outright invasion.”

Dan mengapa pula Kennedy mendedahkan konspirasi itu? JFK menjadi individu pertama yang mendedahkan konspirasi rahsia secara terbuka dan menjadi kunci kepada terbongkarnya gerakan Illuminati pada zaman moden. Namun, dia segera dibunuh bagi menutup gerakan Illuminati. Jawapan kepada mengapa JFK mendedahkan konspirasi itu, ia kekal misteri namun ia menjadi petunjuk kepada satu clue. Clue tersebut ialah.. setiap Presiden Amerika termasuk Kennedy memegang semua rahsia gerakan Freemason dan Illuminati sejak dari awal penubuhan Amerika kepada kemerdekaannya sehingga hari ini. Ia terkandung dalam dokumen yang hanya disebut sebagai ‘The President’s Book’. Buku itu akan diperturunkan kepada setiap Presiden yang baru, yang mengandungi sebab mengapa mereka dilantik sebagai presiden, kepada siapa mereka bekerja, dan untuk apa mereka bekerja. Presiden ialah 'The Secret Keeper' dan 'The Official Hand for The Hidden Hand'.

Dan jawatan Presiden Amerika bukan dipilih secara pilihanraya, ia telah ditentukan dan dipilih daripada kalangan keturunan elit Illuminati. Pilihanraya di Amerika bukan satu proses demokrasi yang dimegahkan mereka, mereka sendiri tidak mengamalkan demokrasi.

Kempen demokrasi yang disebar ke Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara hanya satu ilusi, ia adalah alasan untuk menakluk setiap daerah ‘suci’ di negara-negara yang dijajah, Iraq mewarisi tanah Babilon dan Sungai Tigris, Palestin mewarisi Kuil Sulaiman dan Jerusalem. Dan mereka kini merancang menyerang Iran yang mewarisi pengetahuan salasilah ahlul biaiti untuk memusnahkan harapan terakhir Islam iaitu kelahiran Imam al-Mahdi dari salasilah Nabi Muhammad, dan Mesir yang sudah lama tunduk dengan kekuasaan Amerika juga mewarisi Sungai Nil. Amerika menceroboh negara Islam atas alasan untuk menghidupkan demokrasi padahal Amerika sendiri bukanlah sebuah negara demokrasi. Amerika adalah sebuah negara Dinasti Illuminati !!! Presiden yang dilantik adalah yang sudah ditentukan !!!


Bendera Israel


Kenapa Amerika dan Zionis mahukan Babilon, Sungai Tigris, Sungai Nil, Kuil Sulaiman dan Jerusalem? Jawapannya berada pada bendera Israel dimana garisan biru di atas secara samar bermaksud Sungai Tigris (mereka sudah berjaya membonekakan Iraq untuk memperluas jajahan ke Sungai Tigris), garisan biru di bawah pula ialah bermaksud Sungai Nil (Mesir juga sudah lama tunduk dengan Amerika) dan bintang David di tengah pula mewakili Jerusalem yang terletaknya Kuil Sulaiman, warisan monumen yang menyimpan rahsia besar (rahsia itu juga sudah digali dan diambil) rahsia yang disembunyikan Nabi Sulaiman, putera Nabi Daud (David) di bawah salah satu bangunan istana.

Wednesday, November 18, 2009


Sub-bahagian 2: Freeman Bloodline

Rasanya, tidak perlu memperincikan setiap bloodline dalam subjek kerana perkara utama ialah untuk mengenali gerakan rahsia ini. Bloodline hanya diperkenalkan supaya pembaca bersedia untuk mengikuti subjek yang lebih rumit dan mempunyai kaitan dengan bloodline Illuminati. Sebenarnya, bab ini hanya sebagai pengenalan dan belum lagi memasuki subjek yang lebih kompleks.

FREEMAN BLOODLINES

(pencetus idea gerakan besar sebelum idea Adam Weishaupt)

PECAHAN daripada keturunan ini iaitu Gaylord Freeman adalah salah seorang daripada Grand Master Prieure de Sion pada sekitar 1980-an iaitu jarak masa yang tidak terlalu jauh dengan tarikh kita hari ini. Freeman bukan segala-galanya dalam Illuminati, tetapi pergerakan yang digerakkan keturunan ini adalah satu pergerakan yang penting dalam menjayakan agenda sulit.

Prieure de Sion (Priory of Zion) bergerak secara rahsia sehingga tahun 1982 apabila buku mengenai pergerakan ini bertajuk Holy Blood & Holy Grail ditulis oleh Michael Baigent, Richard Leigh dan Henry Lincoln. Buku tersebut menceritakan mengenai bukti-bukti sejarah yang mengaitkan pergerakan Prieure de Sion dengan peristiwa Perang Salib pada tahun 1099.

Kajian Baigent, Lincoln dan Leigh merumuskan bahawa keturunan Freeman yang mengetuai Prieure de Sion adalah pecahan daripada kumpulan Yahudi yang berkomplot membunuh Nabi Isa.

Mengekalkan darah keturunan (bloodline) adalah satu aspek penting dalam pergerakan Illuminati, mereka berkahwin sesama ahli dan melahirkan anak daripada darah yang diwarisi sejak zaman berzaman.

Permulaan pergerakan Prieure de Sion adalah idea daripada keturunan-keturunan Illuminati yang berpengaruh dalam politik dan ekonomi di Eropah dan Amerika, juga melibatkan keturunan Merovingian (keluarga diraja di Eropah) yang bergerak melalui pertubuhan House of Lorraine, House of Guise, Medicis (Black Nobility), Sforzas, The Estes, The Gonzagas, and The St. Clairs (Sinclairs).

Ketika ditubuhkan Prieure de Sion adalah satu pertubuhan yang diasaskan untuk mengekalkan amalan sihir secara rahsia, ia adalah sihir yang sama dengan Sihir Hermetik yang diamalkan oleh tukang-tukang sihir zaman Firaun seperti direkodkan dalam catatan Egyptian Book of the Dead.

Pakar tulisan Mesir purba, Cosimo de Medici seorang rakyat Perancis dalam bab prakata buku terjemahan Hermetic Magic menulis, dia telah diarahkan oleh salah seorang daripada keturunan Merovingian iaitu René d’ Anjou pada tahun 1444 untuk menterjemah buku Sihir Hermetik (bahasa asal buku ini ialah dalam bahasa Mesir purba) yang sebelum itu telah diterjemah oleh Plato ke dalam bahasa Greek supaya dialih bahasa kepada bahasa Perancis untuk dijadikan koleksi bahan bacaan golongan elit Merovingian di Eropah. Buku itu kemudian disimpan oleh pihak perpustakaan Katolik.

Buku itu kemudian menjadi rujukan kepada golongan berilmu di kalangan Merovingian untuk bermulanya era Renaissance dengan menjadikan sains berasaskan pengetahuan terahsia (sihir dari aliran alkhemi) sebagai sumber penerokaan teknologi dan industri. Sihir dari aliran itu berlegar dengan konsep amalan sihir menggunakan sumber alam sekitar berbahaya seperti merkuri, sulfur dan sebagainya yang digunakan untuk membuat potion-potion sihir dan kemudiannya menjadi asas tercetusnya teknologi moden berasaskan sains. Tak Nampak pertaliannya? Sedarkah anda bahawa kini telah wujud agama baru iaitu Scientology yang menjadikan sains sebagai satu agama? Bukankan Scientology yang bertuhankan sains itu juga menyesatkan manusia daripada mengenali Tuhan yang sebenar? Scientology juga menolak kepercayaan kepada tuhan dengan doktrin bahawa manusia dan alam sekitar tercipta dengan sendiri melalui proses-proses evolusi yang berlangsung selama berjuta-juta tahun dahulu, ia menolak kepercayaan kepada asas konsep penciptaan dalam agama bahawa manusia dan alam sekitar diciptakan Allah Maha Pencipta. Scientology juga secara tidak langsung memperakui konsep Teori Evolusi Darwin yang juga merupakan seorang Illuminati yang pernah cuba menyesatkan manusia daripada mengenal Tuhan.

Budaya Pagan Dunia Moden

Zaman Gelap di Eropah berkisar mengenai sejarah tamadun masyarakat Eropah yang berada dalam kemunduran sosial, agama dan kemasyarakatan. Amalan sihir menjadi satu amalan yang biasa di sekitar benua Barat pada ketika itu. Walaupun mudur dalam pelbagai aspek, namun ia menjadi zaman gemilang bagi penganut agama Pagan yang terdiri daripada kumpulan keturunan Illuminati. Dan pada ketika dunia sudah mengorak langkah pemodenan pada sekitar abad ke-20, gerakan Prieure de Sion giat mengeluarkan artikel mengenai budaya zaman gelap di Eropah menerusi majalah seperti Circuit yang diterbitkan Vaincre, ia menerbitkan artikel-artikel mengenai Negara Pagan iaitu Atlantis, amalan sihir Celts serta perkara-perkara ghaib yang sukar dijelaskan dengan akal manusia. Ia sebagai langkah menghidupkan gerakan baru Pagan dalam bentuk dunia moden.

Majalah Circuit pada terbitan 1956 menceritakan mengenai 13 simbol zodiak (nombor 13 dan gandaannya adalah kod sulit dalam gerakan Illuminati), melebihi bilangan zodiak yang terkeluar daripada kebiasaan iaitu hanya 12 simbol mewakili 12 bulan dalam setahun. Penulisan majalah itu melalui artikel merupakan hasil penulisan cryptic atau mengandungi maksud tersembunyi.

Pernah menonton Superman? Dalam filem itu, ada sejenis batu yang dipanggil kryptonite dari planet Krypton. Sedarkah anda, filem Superman juga adalah hasil karya cryptic dimana bapa Superman dinamakan KAL EL. KAL EL adalah dalam bahasa Yahudi bermaksud ALLAH BAPA atau TUHAN BAPA. Anda faham maksud yang disampaikan dalam filem itu, faham maksud triniti yang ingin mereka sampaikan?

Berbalik kepada perkara utama dalam subjek ini. Dalam terbitan pada 1959, Ketua Editor majalah Circuit menulis dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu seperti berikut:

“Kami bukan merancang sesuatu melalui terbitan ini. Kami hanya sekadar mewakili SEMUA AGAMA dan SEMUA IDEOLOGI POLITIK di dunia hari ini untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Kami hanya berfungsi sebagai TANGKAL untuk pemulihan.”

Adakah anda nampak maksud majalah itu? Ia sebagai wadah untuk penyatuan semua agama dan ideologi politik untuk ke arah NEW WORLD ORDER. Penyatuan semua agama dan fahaman politik dikatakan sebagai jalan terbaik untuk mewujudkan dunia yang lebih aman.


Prieure de Sion & Knights Templar

Penglibatan Prieure de Sion semasa Perang Salib bermula apabila Jerusalem dibanjiri kehadiran Tentera Salib dari negara-negara Eropah dan sejumlah paderi mendirikan kem di sebuah kawasan dan kem tersebut dinamakan Notre Dame de Mont Sion (Gereja Notre Dame Bukit Zion). Ia bermula apabila kumpulan para paderi yang terdiri daripada penggerak gerakan sulit dan diketuai Ursus mengeluarkan arahan (menggali tapak kuil Solomon) kepada pihak tentera kelas atasan dengan nama kod Odre de Sion dan kemudiannya menjadi Prieure de Sion. Kumpulan tentera kelas atasan tersebut dipilih kerana mempunyai pertalian darah dengan penganut agama Pagan Celtic di Scotland yang berasal dari darah Yahudi dan menjadikan salib Celt sebagai simbol rasmi. Hasil kerja sulit menggali tapak Rumah Ibadat Nabi Sulaiman telah dirahsiakan selama beberapa abad sehingga abad ke-13 walaupun kepada beberapa pergerakan sulit yang lain. Penemuan besar hasil penggalian it terus disimpan secara rahsia sehingga abad ke-20 dan terus menjadi rahsia golongan Merovingian. Ia menjadi rahsia terbesar apabila sesuatu yang dibuang oleh Nabi Sulaiman telah dijumpai golongan ini, ia adalah satu ilmu rahsia (pengetahuan terahsia) yang mampu mengangkat martabat dan kuasa manusia di dunia dengan bantuan jin dan syaitan.


simbol Knights Templar di tengah bandar Washington, simbol ini boleh dilihat melalui clue struktur jalan raya di Washington. Di tengah simbol itu adalah White House.

Sunday, November 15, 2009


Sub-Bahagian 2: du Pont Bloodlines

du Pont Bloodlines


Permulaan keturunan du Pont bermula dengan perkahwinan Samuel du Pont dengan Anne Alexandrine Monthenchanin di Paris pada 1737. Anne merupakan pecahan daripada keturunan (pecahan daripada keturunan Yahudi ketika zaman kenabian King David/Nabi Daud) elit di Burgundy, Perancis dan Anne menjadi ‘alat’ kepada du Pont untuk mendapatkan kelebihan dalam upacara ritual. Anak-anak yang lahir daripada perkahwinan Samuel dan Anne iaitu Pierre du Pont telah membuka penglibatan yang lebih luas dalam pergerakan Illuminati sekitar abad ke 18.

Peirre pula dikatakan telah menukar nama kepada Pierre de Nemours untuk tidak sama dengan keturunan golongan pentadbir politik Perancis ketika itu yang juga menggunakan nama seakan sama bunyinya iaitu Dupont.

Apabila Anne meninggal dunia ketika Pierre berumur 16 tahun, dia kemudian tinggal bersama keluarga saudaranya, de Monchantin yang juga mempunyai pertalian dengan Illuminati. Kebolehan Pierre dalam bahasa Greek purba dan kebolehannya menganalisis ekonomi telah memberi peluang kepadanya untuk bergerak dalam pergerakan Illuminati di peringkat yang lebih tinggi. Dia kemudian menyertai Freemason French Lodge selepas mengikuti upacara ritual di Paris.

Menurut ahli sejarah Perancis bernama Jolly P, Pierre kemudian menjadi orang penting dalam merencana dan merancang Revolusi Perancis melalui pergerakan sulit Masonry dengan bantuan Ahli Mesyuarat Rakyat Perancis bernama Lalande yang juga ahli sulit Freemason, juga dengan bantuan Germalne de Staël iaitu anak kepada pemegang saham perbankan Swiss iaitu Jacques Necker.

Pergerakan sulit yang disertai Pierre du Pont kemudian merancang merosakkan agama Kristian Katolik semasa Revolusi Perancis dengan menjadikan pihak gereja membolot semua kekayaan rakyat sebagai umpan kepada rakyat Perancis untuk membenci gereja. Kuasa gereja dihapuskan sebaik sahaja Revolusi Perancis disudahi dengan hukuman mati terhadap King Louis. dan agama Katolik pula dirosakkan dengan sentiment kebencian rakyat. Kesannya, putik-putik zaman Reformation (zaman perubahan konsep agama Kristian sehingga lahir mazhab Protestant di Eropah) mula berkembang untuk menamatkan agama Katolik kerana mazhab Katolik mempunyai pengaruh kuat dalam kehidupan masyarakat Perancis.

Pengaruh Katolik ini dilemahkan dengan pelbagai perubahan dalam perkara hukum agama itu. Malah pada satu peringkat di kemuncak Revolusi Perancis, golongan Illuminati yang sudah berkuasa sesudah King Louis dihukum bunuh telah mengubah bilangan hari dalam seminggu daripada 7 hari seminggu kepada hanya enam hari seminggu. Perubahan itu telah menyebabkan susunan minggu hari Ahad untuk ke gereja telah bercelaru dan menyebabkan orang ramai tidak lagi ke gereja.

Berdasarkan laporan History Channel bertajuk French Revolution, paderi-paderi Katolik dilucutkan jawatan dan dibuang daerah malah diusir keluar dari Perancis dan majoritinya pula dibunuh dalam tempoh setahun selepas King Louis dibunuh.

Paderi-paderi baru dari golongan Illuminati kemudian dilantik mengetuai gereja, dan sesudah orang ramai keliru dengan hukum agama Katolik, maka fungsi gereja dihidupkan semula dan aktiviti keagamaan diteruskan kembali dengan taktik Mind Control dalam aspek agama. Maka gereja di Perancis bukan lagi bertunjangkan ajaran Katolik sebenar, tetapi sudah diputar belit dengan fahaman songsang yang dibawa paderi-paderi dari kalangan Illuminati. Ia adalah hasil kerja jahat yang terbesar dilakukan keturunan Du Pont dalam sejarah dunia moden sebelum bibit Perang Dunia Pertama.


Perhatikan All Seeing Eye di salah sebuah gereja Katolik, ia adalah kesinambungan kerja merosakkan agama Kristian yang berlaku di Perancis satu masa dahulu. Apakah maksud ini?


Juga di sebuah gereja Katolik di Guatemala hari ini


Raleigh Court Presbyterian Church di Roanoke, Virginia

Thursday, November 12, 2009


Sub-Bahagian 2: Collin Bloodlines

Collin Bloodline

Menurut seorang penulis, Fritz Springmeir, maklumat mengenai keturunan Collin didedahkan oleh seorang bekas pengikut (bawahan) Illuminati yang meninggalkan pertubuhan Dajjal itu selepas melihat sekumpulan kanak-kanak lelaki dikorbankan dalam upacara ritual.

Pada 1955, mesyuarat wanita penyimpan rahsia (ahli mesyuarat ialah para wanita Illuminati) yang turut dihadiri keturunan Rothschild kerap diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun di beberapa lokasi sekitar Washington. Mesyuarat itu pula melantik keluarga Collin sebagai Grande Druid Mother dalam mengetuai mesyuarat kerana ‘kekuatan’ tradisi keluarga itu yang kerap mengadakan ritual satanis. Ritual yang dilakukan keturunan Collin adalah jauh lebih kerap jika dibandingkan dengan Rothschild atau Rockerfeller.

Malah menurut Srpingmeir lagi, kedudukan kewangan keturunan Collin pula adalah lebik baik jika dibandingkan dengan Rothschild kerana mempunyai kepakaran dalam urusniaga matawang asing dan menguasai beberapa syarikat insurans utama. Keturunan Collin pula mewarisi persalinan ritual dalam tradisi Illuminati seperti gaun hitam dan mahkota bulan. Kedudukan Collin dalam mesyuarat wanita penyimpan rahsia itu turut dibantu ahli-ahli Grande Druids Council (wanita-wanita sihir) yang terdiri daripada 13 orang

Mesyuarat wanita Illuminati itu juga turut membincangkan strategi dengan nama kod ‘The Ark of Covenant’ untuk mengambil kesempatan terhadap situasi perkembangan dunia dalam menjayakan agenda One World Government termasuk strategi-strategi jangka pendek yang akan memberi kesan jangka panjang kepada dunia. Mesyuarat khas mengenai projek rahsia The Ark of Covenant tersebut diadakan di satu lokasi di Afrika dan disertai ritual pemujaan syaitan.

Ritual tersebut dimulakan dengan ketibaan 7 kanak-kanak lelaki keturunan Illuminati berpakaian gelap mengiringi Grande Druid Mother dan semua ahli mesyuarat tunduk apabila Collin melepaskan seekor ular. Kemudian sekumpulan 7 kanak-kanak lain (mungkin diculik) dibawa masuk ke ruang ritual dan dikorbankan dengan cara menetak kapak di kepala, kemudian darah semua 7 kanak-kanak malang itu pula digunakan untuk ritual seterusnya iaitu ritual ‘penyempurnaan’ anak-anak Illuminati.

(Dalam kebanyakan kes kanak-kanak hilang dan tidak ditemui semula, ia mungkin ada kaitan dengan keperluan Illuminati untuk menjalankan ritual ini)

Anak-anak Illuminati ini menggunakan darah kanak-kanak yang dikorbankan itu sebagai dakwat untuk menulis surat sumpah setia dalam menjayakan agenda menyesatkan dunia dengan perantaraan syaitan.
Keturunan Collin juga termasuk James Collin (Illuminati Peringkat Darjah Kelapan) dan Daniel Collin (juga Peringkat Darjah Kelapan) memainkan peranan penting dalam menggerakkan beberapa pertubuhan Illuminati yang lain seperti Societas Rosicruciana, OTO, Golden Dawn dan Stella Matutina yang dianggotai golongan Elit di sekitar Amerika Utara termasuk Kanada.

Kemudian pada 1978, Yvonne Collin yang disembah seperti dewi meneruskan ‘tugas’ memimpin mesyuarat wanita penyimpan rahsia dan berterusan meneruskan ritual-ritual korban kanak-kanak selain turut meneruskan tradisi Illuminati iaitu hanya wanita daripada keturunan druids (ahli sihir) atau witches sahaja yang akan dilengkapi pengetahuan sihir dan keturunan Collin sendiri adalah pengamal sihir terhebat dalam pergerakan Illuminati.

Perlu difahami, keturunan Illuminati berbangga dengan darah warisan yang mereka warisi sejak turun temurun dari zaman Babilon (mungkin lebih awal daripada zaman Nabi Idris/Enoch) dan kebolehan tersendiri seperti sihir dan pengamalan ritual dikekalkan sehingga hari ini.

Grande Druide Master pula akan memperturunkan ilmu sihir mereka kepada anak-anak yang terpilih untuk meneruskan ritual penyembahan menurut ritual amalan Legena (isteri syaitan) yang diwarisi keturunan Collin ini, malah keturunan mereka juga menguasai banyak gereja Kristian di sekitar Virginia, Amerika.

Tidak sangsi bahawa gereja dan agama Kristian adalah hanya subjek atau bahan untuk ritual penyembahan secara teratur dan terahsia, salah seorang dalangnya adalah keturunan Collin.

Pada tempoh dua minggu selepas Ronald Reagan menjadi presiden Amerika, satu golongan Illuminati yang diketuai keturunan Collin mula membanjiri kota Washington untuk merancang pengambil alihan tampuk politik Amerika. Kumpulan ini giat merancang untuk menjadikan seorang ahli pertubuhan Bones & Skull, George Bush menjadi presiden dan seterusnya memendekkan tempoh pentadbiran Reagan. Bermula daripada saat itu, Bones & Skull menjadi semakin aktif menjalankan misi Illuminati untuk menguasai politik. Ia adalah permulaan baru kepada konsep New World Order yang berselindung di bawah demokrasi. Tidak seperti sebelum ini di mana mereka berselindung di sebalik Nazi, Komunis dan siri-siri peperangan besar.

Dalam menjayakan agenda sulit ini, Ted Bundy kemudian bekerjasama dengan Bones & Skull melalui pertolongan kuasa politik Rockerfeller, serta kuasa media yang dimiliki keluarga Bundy. Malah, mereka juga menguasai CIA, FBI dan sebagainya dalam menjayakan agenda sulit yang sudah dirancang sejak zaman-berzaman.

Beberapa ahli keluarga Collin dalam hal pentadbiran Amerika uang menjalankan misi Illuminati secara rahsia:
· Copp Collins – Terlibat dalam hal politik mellaui parti Republicans, juga terlibat dalam perdagangan petroleum melalui Bahrain Petroleum Co. Ltd pada 1950-an.
· Hugh Collins – terlibat dalam agenda Marxism.
· James Foster Collins – Perantara politik Amerika dengan Sekretariat PBB, ahli senat Suruhanjaya Atom Amerika (1946-1949)
· Jim Collins – Penulis buku UFOs, mysticism, Uri Geller dan sebagainya.
· John Anderson Collins – Terlibat dalam usahasama Illuminati melalui Unitarians, Rosicrucians & Masons, seorang yang terlibat dalam agenda sosialis komunis sekitar 1840-an.
· Robert DeVille Collins – ejen penyiasat dan bekerjasama dengan NATO pada 1973-1976, mengetuai pegawai-pegawai politik pada 1980-1982, pernah bertugas di Roma, Itali melalui Gereja Katolik Rom dengan mandat oleh Pope Katolik.

Ketika peristiwa Civil War di Amerika, keluarga Collin berpecah disebabkan fakor perang dan sebahagiannya menukar nama keluarga kepada Todd, Putman dan juga Bower. Bahkan keluarga Rothschild juga ada antaranya menukar nama kepada Bauer. Malah bekas presiden Amerika, Madison dan Lincoln juga mengahwini wanita dengan nama keluarga Todd untuk mengekalkan bloodline mereka. Abraham Lincoln adalah ahli Rosicrucian dan ahli Order of the Lily’s of Three dan dia mengahwini wanita Todd untuk memperoleh kuasa politik yang lebih besar daripada pengaruh keluarga Rothschild, Rockerfeller dan Onassises.

Keturunan Collin berasal daripada bangsa Yahudi dan mula bertapak di England (atas jemputan Buckingham) pada tahun 1630-an dan seterusnya berhijrah ke Amerika (atas jemputan pemimpin-pemimpin politik Amerika) untuk menguasai politik zionis dan menjayakan agenda Illuminati.

Keturunan Collin adalah antara yang paling berkuasa dalam hal ehwal dunia dengan menjalinkan kerjasama bersama Van-Duyn, Rothschild dan lain-lain bloodline.

Pada 1897, Thomas Russel pernah menulis sebuah buku ‘Be Wise As Serpent’ berkaitan keturunan Collin yang menukar nama kepada Putman dan Putnam. Buku itu juga menceritakan mengenai keturunan Clinton yang mempunyai kaitan dengan keturunan Collin daripada salasilah Dewitt Clinton Collin (ahli Skull & Bones pada tahun 1630) di mana nama keluarga iaitu Collin digugurkan sehingga menjadikan Clinton sebagai nama keluarga. Padahal, Clinton dan Collin adalah daripada keturunan yang sama.

Bukan sahaja menukar nama kepada Clinton, Todd dan Putman, tetapi Thomas Russel turut mendedahkan keturunan Collin yang semakin besar itu juga menukar nama keluarga kepada Whitney dan Harriman. Bill Clinton (bekas Presiden Amerika) juga adalah berasal daripada keturunan Collin yang menukar nama kepada Harriman dan kemudian kepada Clinton sejak abad-abad ke 17 hingga ke abad 20.

Tidak cukup lagi, pecahan daripada keturunan Collin juga menukar nama kepada Payne dan Vanderbilts menerusi perkahwinan. Keturunan Collin yang menukar nama kepada Payne ini juga memainkan peranan dalam firma-firma Rockerfeller dan syarikat minyak Standard Oil. Pecahan generasi daripada Payne iaitu Harry Payne kemudian mengahwini Gertrude Vanderbilt pada 1896 (boleh dikatakan ia adalah perkahwinan antara sesama saudara).

Keturunan Collin juga terlibat dalam merancang melibatkan keluarga Bush (keturunan Bush adalah ahli Skull & Bones) iaitu Prescott Bush dalam politik pada dekad 1920-an. Dalam dekad itu, Averell Harriman (pecahan keturunan Collin) bersama Prescott Bush, keluarga Thyssen dan keluarga Rothschild menyumbang dana secara rahsia kepada Adolf Hitler untuk merancang Perang Dunia Kedua di mana agenda sebenar perang itu adalah untuk mewujudkan negara Israel dan Parti Bangsa Bersatu dalam pentas dunia. Ia juga adalah dua tapak akhir kepada agenda asal iaitu mempersiapkan takhta kepada Dajjal, anak syaitan yang mereka sembah.

Adolf Hitler atau keturunan Hitler adalah pecahan daripada keturunan Rothschild yang berasal dari Jerman. Keturunan Rothschild berasal dari Jerman dan kemudian berhijrah ke Amerika dan mengembangkan perniagaan ke Eropah, perjalanan keturunan Rothschild dan kaitannya dengan Hitler akan diterangkan dalam tajuk akan datang.

Malah, tabik Nazi yang kita kenal itu adalah salah satu daripada simbol pengenalan diri di kalangan Illuminati. Tabik itu digunakan pada masa itu adalah disebabkan pergerakan Illuminati masih tidak diketahui umum pada masa itu. Manakala simbol Nazi iaitu Swastika (salah satu simbol keagamaan dalam kepercayaan Hindu) yang diterbalikkan itu pula adalah mesej yang jelas mengenai pertalian Nazi dengan Illuminati. Anda juga akan lebih memahami setiap simbol yang digunakan Illuminati sebagai tanda pengenalan diri dan juga sebagai salah satu keperluan ritual dalam tajuk-tajuk akan datang. Golongan Illuminati penyembah syaitan ini biasanya menggunakan simbol-simbol agama yang diterbalikkan sebagai salah satu pengenalan diri mereka. Simbol swastika bukanlah mewakili bangsa Aryan seperti yang kita 'diberitahu', kita diberitahu seperti itu kerana mereka mahu kita berfikir seperti itu (mind control) dan jika benar ia adalah simbol mewakili bangsa Aryan yang Hitler banggakan, kenapa pula ia mesti diterbalikkan.

Menterbalikkan simbol agama adalah sama seperti menterbalikkan kepercayaan agama. Kerja menterbalikkan kepercayaan kepada tuhan adalah salah satu daripada sikap Yahudi sesat seperti yang kita tahu menerusi al-Quran. Mereka mencerca setiap agama secara terang-terangan. Malah mereka juga merancang menghina Allah menerusi agama Kristian. Dan agama Kristian yang direncanakan Paulus pula adalah pergerakan sulit lagi terancang dalam penyembahan matahari, buktinya anda akan temui dalam tajuk-tajuk akan datang. Agenda mereka sangat licik, janganlah kita terpedaya lagi dengan kerja-kerja 'the hidden hand' atau 'the shadow'.

Semoga kebenaran akan tetap berdiri tegak dan kepalsuan tersungkur menyembah bumi...

bersambung... Insya-Allah..
posted by Konspirasi-Teoris

1 comment: