Jan 2, 2010

teori dan mistri

Dari mana salsilah "Melayu" . Yahudi Zionis memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? . Kenapa? .
MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?? . Apakah itu "3Mim" ?
Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism... kenapa?

YAHUDI ZIONIS di Israel sekarang ini bukan keturunan NABI ISHAQ. Mereka bangsa Khazar yang ganas dan bengis dari selatan Russia, Bangsa Yakjud dan Makjud yang telah melepaskan diri dari benteng Zulkarnain seperti yang disebut di dalam alQuran? Misteri ini kian terbongkar.

SATU KEGANJILAN diakhir zaman......... Penemuan kajian, Bangsa Melayu Nusantara ialah Bani Ishak beragama Islam sementara Yahudi Zionis ialah Bangsa Khazar yang berugama Yahudi. ??? Kaum Phastuns di Afghanistan dan Pakistan juga adalah Bani Ishaq??? Misteri yang semakin nyata.
This Blog
Linked From Here
The Web
This Blog
 
 
 
 
Linked From Here
 
 
 

The Web
 
 
 

Tuesday, December 22, 2009

IMAM MAHADI (alMahdi) sinar akhir zaman dari timur?



Musuh-musuhnya amat percaya masa KEBANGKITANYA sudah dekat. Mereka berusaha sedaya mungkin menjejaknya. Persoalan yang pelik kenapa mereka percaya ramalan yang disebut di dalam alQuran dan Hadis padahal mereka tidak beriman kepada kedua-duanya?
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda: “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.
Dengan jelas Hadis di atas menceritakan perihal Iman Mahadi. Pertama, lelaki dari keturunan Baginda Rasulullah SAW, keduanya namanya Muahammad dan nama bapanya ialah Abdullah. Secara logiknya tentulah mudah bagi kita mengenalinya asalkan ia bernama Muhammad bin Abdullah. Keturunan Rasulullah yang kita tahu ialah mereka yang bergelar Syed atau Syarif, tentulah namanya ialah Syed Muhammad Bin Syed Abdullah.


Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud , “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed (sayyid) sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Adakah semudah itu kita mengesannya padahal kita tahu Dajjal dan talibarutnya berusaha sedaya mungkin menjejaknya sejak ratusan tahun dahulu. Di dalam sejarah begitu ramai keturunan nabi Muhammad yang menunjukkan kepimpinan dan lebih menonjol telah dibunuh dan kebanyakannya mati diracun walaupun apa nama mereka sekalipun.
Bagaimana hendak mengenali Imam Mahadi jika ia benar-benar telah muncul atau ada di persekitaran kita? Persoalan ini nampak remeh tetapi amat sukar untuk dijawab. Kenapa demikian? Bagi yang berhujah berdasarkan tafsiran alQuran dan Hadis tentu sekali akan mengatakan 'telah jelas' tanda-tanda yang disebut dalam banyak nas yang telah dibukukan dan tak perlu bersusah payah menyelidik dan mencari-cari "siapa dia". Ada pula akan mengatakan persoalan ini tak wajar dibangkitkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan aqidah dan iman.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
Lagi pula Imam Mahadi akan bangkit dan akan menyeru manusia ke jalan tauhid, bagi kaum Muslimin sudah tentu akan bertemu dengannya dan bersenang hati menerima ajakannya itu. Apakah benar begitu?

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan hasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjanaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di Baitul Maqdis.Hadith riwayat At-Tabarani.
Bersandarkan kepada Hadis ini pula, kelihatan seperti " benar" pandangan mereka bahawa Imam Mahadi akan muncul dan berdakwah menyeru umat manusia kembali mengamalkan sunah Rasulullah SAW, tentulah tidaklah sukar untuk kita mengenalinya. Cuba kita perhatikan kata-kata Baginda dalam hadis di atas, "berada di Baitul Maqdis", agaknya bilakah peristiwa ini akan berlaku? Apakah maksud yang hendak disampaiakn dengan kata-kata "bumi dipenuhi dengan kedurjanaan dan kekejaman"? Dari sini kita tahu bahawa keadaan pada waktu itu berlaku huruhara yang amat menggerunkan dan suasananya tidaklah aman seperti hari ini. Jadi jawapannya yang paling munasabah ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa as. Sebelum daripada waktu itu, amat mustahil Imam Mahadi dapat berdakwah di sana kerana Baitul Maqdis dibawah kekuasaan Dajjal dan tentera-tenteranya.
Kemungkinan besar kekacauan dan kekejaman yang berlaku adalah lanjutan dari peperangan dunia ketiga (WWIII). Bumi telah dirosakkan dengan teruk dan manusia ketika itu pula hanya tinggal sedikit sahaja. Peperangan ini menular hingga ke Madinah, sebuah bandar yang aman damai selama ini. Malah ada diantara mereka juga cuba menyerang Makkah.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)
Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)


Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)


Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)


Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)
Samaada Imam Mahadi muncul sekarang atau sebelum peperangan dan huruhara, tentu ia akan mudah dikenali dan musuh-musuhnya tidak akan teragak-agak untuk menghapuskannya. Hadis tersebut hanya menceritakan secara am peribadi Imam Mahadi dan membayangkan bahawa Imam Mahadi hanya akan muncul bila keadaan telah selamat dari gangguan musuh-musuhnya.
Ada hadis yang menyebut "ia disembunyikan" oleh Allah swt, tetapi lebih sesuai jika dikatakan "ia dipelihara" oleh Allah sehinggalah tiba masanya. Ia di islahkan dalam satu malam sahaja. Dari rangkaian hadis akhir zaman, kita temui seorang dari musuhnya adalah beragama Islam kerana dia dapat menjejakkan kakinya ke Mekah dan Madinah. Rasulullah saw juga menyebut manusia ini dari kaumnya (umat). Namanya as-Syufyani atau as-syufiani. Siapakah as-Syufyani ini? Adakah dia seorang pemimpin kaum arab atau dari bangsa ajam dan kenapa dia memusuhi manusia yang masih belum dibaiat itu? Pemimpin Islam mengejar untuk membunuhnya? (Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka - hadis di atas'
.dan satu hadis lain. ".........maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Makam Ibrahim padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah."
Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang kan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim


As-Syufyani ini dari daerah Syam (Damsyiq, Syiria). Mustahil Imam Mahadi akan dibiarkan hidup jika ditemui oleh musuhnya. Ternyata Imam Mahadi mempunyai ramai musuh termasuk sebilangan pemimpin Islam sendiri. Mungkin pemimpin Islam ini sudah menjadi sahabat Dajjal. Begitulah cara Rasulullah menyampaikan maklumat kepada kita.
Bagi "jentera" Dajjal pula, Imam Mahadi adalah musuh nombor wahid, beliau menjadi penghalang usaha mereka untuk merosakkan seluruh manusia di muka bumi ini sebelum Dajjal muncul. Imam Mahadi akan menghalang Dajjal mempengaruhi orang yang beriman. Dajjal akan mengaku dirinya sebagai Nabi Isa almasih yang ditunggu-tunggu dan selepas itu mendakwa sebagai tuhan pula. Sesuai dengan konsep trinity pegangan umat Kristian, Katholik terutamanya bahawa Yesus itu adalah tuhan mereka.
Seolah-olah konsep TRINITY itu disediakan oleh mereka yang bekerja untuk Dajjal bagi memudahkannya (Dajjal) mengaku sebagai TUHAN. Rahsia ini telah dibongkar dan diulas mendalam di banyak laman2 web dan blog seperti Mistisfiles, Sangtawal dan Efairy (sekadar beberapa nama). Jika ianya benar seperti yang didakwa, perancangan mereka bermula sejak 1700 tahun yang lalu. Orang Kristian tentu mudah menerima Dajjal sebagai Isa almasih seterusnya memujanya sebagai tuhan.
Amatlah ganjil jika mereka menyambut kedatangan dan menerima ajakan nabi Isa a.s. yang akan muncul kemudian kerana nabi Isa a.s. membawa syariat Muhammad, iaitu Islam yang menjadi musuh mereka selama ini. Saya tidak akan membincangkan soal ini kerana perkara pokok yang akan diperkatakan ialah mengenai Imam Mahadi.
Yahudi Zionis terus menerus mengkaji rahsia dan petunjuk yang disebutkan di dalam alQuran dan Hadis malah lebih gigih berbanding kebanyakan orang Islam sendiri. Mereka adalah ejen kepada Dajjal laknatullah. Mereka mengumpul sebanyak-banyaknya emas untuk menguasai perekonomian dunia . Semua keuntungan adalah untuk "boss" mereka Dajjal laknatullah, kini sedang disalurkan ke Israel. Lawatilah laman web zionis – “ Temple institute”. Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan Raja mereka yang dinanti-nanti sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka. Dajjal mampu menguasai sebilangan penduduk bumi ini melalui pertolongan Iblis (Lucifer). Kumpulan ini tidak pernah lalai dan berhenti mengesan Imam Mahadi di serata pelusuk dunia terutama di lokasi yang disyaki seperti "khorasan", Indonesia dan Malaysia selain negara-negara Timur Tengah.
Apakah Imam Mahadi akan dibiarkan hidup jika ditemui oleh musuhnya? Pembaca sendiri tentu sudah maklum jawapannya. Mereka (ejen Dajjal) tidak pernah lalai dan berhenti, mencari Imam Mahadi sejak sedkian lama di serata pelusuk dunia terutama di lokasi yang disyaki seperti yang telah disebut dalam nas alQuran dan Hadis.
Adakah kita tidak percaya dengan kenyataan ini atau tidak ambil peduli? Hanya mengatakan "hanya Allah yang Maha Mengetahui" tanpa perlu mengkajinya?
Mereka (ejen Dajjal) begitu yakin Imam Mahadi tidak akan muncul dalam bentuk personaliti sebagaimana yang kita bayangkan selama ini. Mereka mendakwa dapat merasakan wujudnya keganjilan dan helah penceritaan mengenai Imam Mahadi ini. Baik dari segi perwatakan, peribadi atau tempat kelahirannya. Inilah perkara yang amat menyusahkan dan membimbangkan musuh-musuhnya. Bagaimanakah bentuk PERSONALITI Imam Mahdi jika beliau muncul? Secara tidak langsung akan berlaku penyamaran dan ini akan berterusan sehingga masanya yang sesuai. Tentu kita juga akan gagal mengenalinya jika kita bertemu atau bergaul dengannya. Adakah benar orang Islam juga akan terkeliru?
Imam Mahadi adalah seorang pemerintah (raja) yang memerintah "umat ini" selama 7 tahun. Jelas beliau bukan orang kebanyakan, bukan juga seorang raja yang sedia ada kerana sifatnya dan keteguhannya kepada taudid dan adil. Adakah wujud pemerintah yang ada sekarang ini zuhud, warak dan adil? Jadi timbul pula pertanyaan baru, bagaimana caranya Imam Mahadi mendapat sokongan untuk menjadi pemerintah kerana dimana-mana tempat di dunia ini sudah ada pemerintah tersendiri (yang dilantik melalui demokrasi). Jawapan yang boleh kita agak ialah beliau hanya memerintah selepas Dajjal dihapuskan dan pusat pemerintahannya di Pelestin (baitul Maqdis). Dari sinilah bermulanya era baru yang penuh keadilan dan kesaksamaan seperti yang disebut di dalam hadis Rasulullah SAW.
Persoalan lain pula timbul, adakah dia sudah menjadi raja atau khalifah daulah timur sebelum memerintah di Baitul Maqdis itu ? Ada bukti bahawa beliau adalah "raja" dari timur (king of the east) yang menyerang tentera Dajjal. Negara manakah daulah timur tersebut? Ada hadis yang menyebut Khurasan. Di manakah terletaknya Khurasan?


Ramai juga pengkaji meramalkan dan tidak kurang juga yang amat yakin bahawa pemuda Bani Tamim itu adalah dari Khorasan (Khurasan) yang asalnya ialah kawasan yang luas meliputi sebahagian dari negara Parsi, Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan dan utara Pakistan.
Pendokong kuat Imam Mahdi ialah Pemuda Bani Tamim yang sekaligus menjadi 'tulang belakang' kepada kekuatan Imam Mahdi. Pemuda Bani Tamim berasal dari Timur dan mengikut pandangan Syeikh Dr Walid al-'Ani yang dimaksudkan dengan Timur itu ialah Afghanistan. Namanya ialah Syuaib Bin Soleh. Beliau ialah seorang pemimpin tentera yang hebat. Pada waktu malam beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat dan khusyuk beribadah, manakala pada waktu siang pula, pula digeruni oleh musuh dengan ketangkasannya dalam medan perang.
Logiknya kemungkinan ini adalah kerana rekod perjuangan kental para Mujahideen Afghanistan terbukti amat digeruni pihak lawan walaupun dari negara kuasa-kuasa besar seperti Rusia dan USA. Keimanan mereka tinggi dan mereka berjuang kerana Allah bukan kerana habuan dunia.
Dari beberapa kajian yang dibuat juga menunjukkan bangsa Phatan/Phastun mempunyai pertalian darah dengan Bani Israel (Bani Ishaq) tetapi tiada kaitan dengan orang Yahudi Khazar yang menduduki negara Israel sekarang. Sebab itu Afghanistan di "tawan" oleh tentera USA yang menjadi alat ILLUMINAT yang kini berpusat di Israel. Secara mudahnya, pihak Yahudi akan mengambil kesempatan mencari pemuda Bani Tamim ini sambil menghalang kebangkitan tentera al Mahdi.

"the army of Mehdi will consist of Muslims from Bani-Israel from Khurasan holding black flags. No power in the world will be able to stop them till they reach Jerusalem and erect their flags where there is Aqsa Mosque standing today."
"The older Persian province of Khorasan (also known as the Greater Khorasan) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan. Some of the main historical cities of Persia are located in the older Khorasan: Nishapur and Tus (now in Iran), Merv and Sanjan (now in Turkmenistan), Samarkand and Bukhara (both now in Uzbekistan), Herat and Balkh (now in Afghanistan), Khujand and Panjakent (now in Tajikistan). In its long history, Khorasan knew many conquerors and empires: Greeks, Arabs, Seljuk Turks, Safavids, Pashtuns (ethnic Afghans) and others."

Sementara DAJJAL (ANTI-CHRIST) adalah NABI PALSU dan MENDAKWA dirinya sebagai ISA ALMASIH yang dinantikan oleh penganut Kristian. Persediaan awal telah dilakukan dengan baik menaikkan imej Jesust Chirst (Yesus) berwajah Eropah, berkuli cerah berambut ikal warna kuning mayang. Dari penyelidikan sumber sejarah telah terdapat fakta bahawa Nabi Isa as berkulit sedikit gelap dan berambut hitam kerinting sesuai dengan perwatakan Bani Israel. Lukisan pada dinding-dinding bangunan purba dan piramid di Mesir telah membuktikannya.
Bayangkan apabila Nabi Isa muncul nanti dan memperkenalkan dirinya sebagai "Yesus" kepada penganut kristian. Apa pandangan mereka terhadapnya? Adakah mereka (penganut Kristian) akan mempercayai kata-katanya? Tentu sekali mereka akan mendustainya kerana perawakannya tidak sama dengan wajah yang ada pada lukisan dan ukiran patung yang telah di"sogok" oleh pengikut Dajjal kepada mereka. Betapa bijaknya pengikut Dajjal ini mengelirukan berjuta-juta manusia kristian ini. Tambahan pula Nabi Isa as akan membawa akidah Islam yang selama ini amat mereka musuhi.
Dajjal pula akan berjaya menjadi al Masih dan akan diterima sebagai Yesus, penyelamat yang mereka nantikan selama ini. Konsep trinity juga mirip pegangan masyarakat Yahudi sekarang (zionis) yang mengamalkan fahaman Kabbalah berformat paganisma Mesir purba. Memang trajis fenomena ini.
Bagaimana bentuknya Dajjal ini. Adakah serupa dengan apa yang kita fikirkan? Siapakah sebenarnya dia? Dia munculkan diri lebih awal dari Imam Mahadi dan Nabi Isa.
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa".
Dia belum muncul sehingga manusia meninggalkan agama dan hanya memikirkan keseronokan duniawi. Fitnah Dajal adalah "besar dan serius". Ini bukan masalah hidup atau mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajjal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku.
Sebelum Dajjal muncul akan berlaku "kemarau" selama 3 tahun. Manusia akan menderita dalam kepayahan hidup yang cukup menyiksakan disamping peperangan dan pembunuhan yang tak terkawal. Kita harus bersedia jika ingin selamat dari fitnah "terbesar" dari Dajjal iaitu menawarkan "syurga" kepada siapa yang mengakuinya sebagai tuhan.

BERITA YANG MENGGERUNKAN....
Jangan mengambil mudah dan hayatilah setiap peristiwa berlaku berlaku, kerana ia menjurus kepada satu mala petaka yang akan meruntuhkan iman. Perangkap durjana telah lama menjerat kita tanpa disedari.

cuba anda layari blog rakan seperjuangan saya, ada sesuatu yang mengejutkan.....

Kembali kepada Imam Mahdi ataupun Al Mahdi. Jelas, beliau adalah dari keturunan cucu Rasulullah SAW , Saidina Hassan bin Ali Bin Abi Thalib. Bernama Muhammad Bin Abdullah.

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam sayuti
Kemunculannya menjadi tajuk bualan hangat sejak kebelakangan ini. Kenapa? Kerana semua tanda-tanda kecil kiamat telah nyata dan hanya menanti tanda-tanda besar sahaja. Samaada ia akan muncul sekarang atau kemudian nanti tidak menjadi soal, apa yang jelas dari Hadis di atas ialah - ia (Pemuda Bani Tamim) akan datang dari "TIMUR". Bukan dari tanah Arab. Adakah pemuda Bani Tamim ini Imam Mahadi sendiri atau orang lain, "..... maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu" kita perlu membuat kajian mengenainya.

Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam, “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Adakah dia seorang Raja atau Pemerintah (Perdana Menteri, Presiden atau Khalifah) ?

Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.
Malangnya tiada sesiapa yang mengetahui dan mengenali Imam Mahadi ini termasuk "dirinya sendiri" sehinggalah di islahkan dalam satu malam. Dalam keadaan kacau bilau kerana kemangkatan raja, Imam Mahadi dilantik untuk menjadi pemimpin.


”Akan terjadi perselisihan (kekacauan) setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari ahli Madinah mencari perlindungan menuju ke Mekkah, lalu lelaki itu didatangi oleh sekumpulan manusia dari ahli Mekkah, maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Makam Ibrahim padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)
Sajauh mana keyakinan anda setakat ini?
Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, tetapi beliau bukanlah manusia sembarangan yang telah terpilih dikalangan penghuni dunia akhir masa. Kehebatannya pastilah sehebat hulubalang agung Saidina Ali ra dan pekertinya selunak Baginda Rasulullah SAW.
TIDAK AKAN DIKETAHUI sehinggalah bai'ah (perlantikan) di makam Ibrahim - penjuru Kaabah.
bersambung......

No comments:

Post a Comment